Assalamualaikum wbt..
Awak masih lagi ingat pada cerita saya yang lepas...? Yang nie..
Okey, saya cerita serba sedikit tentang kronologi pertandingan.. Perpustakaan Ibnu Sina yang terletak di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah manganjurkan satu pertandingan bersempena dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan dan Dekad Bahasa Kebangsaan.
Pertandingan nie telah bermula pada 10 September sehingga 10 Oktober 2022 yang lalu dan ianya dibuka kepada semua warga KPKT. Ada 3 kategori yang dijalankan dan salah satunya ada Pertandingan Ulasan Buku. Memandangkan jabatan saya berada di bawah naungan KPKT dan sebagai tanda sokongan saya pada rakan sejawat, jadi saya pun join pertandingan nie..
Kalau ikutkan daripada syarat pertandingan, saya perlu mengulas buku dalam dua bentuk format iaitu melalui esei dan juga video.. Kalau dalam bentuk esei nie, bagi saya takde masalah, tapi bila melibatkan video mulalah gelabah katak.. Maklumlah saya nie seorang yang introvert, jadi nak buat ulasan video tue satu task yang agak susah bagi saya.. Tapi dek kerana nak sokong rakan punya pasal, saya buat jugak.
Cumanya saya tak berada di hadapan kamera, sebaliknya saya hanya menggunakan suara saja untuk buat ulasan buku.. Hihi tuepun dah berpuluh kali saya buat rakaman suara tue, sebab tak puas hati dengan suara sendiri.. Berpeluh jugak la saya buat rakaman suara tue..
Bila dah siap, akhirnya terhasil lah video nie...
Masa pun berlalu dengan cepatnya dan tanggal tarikh 13 Oktober 2022, saya mendapat emel daripada Perpustakaan Ibnu Sina yang menjemput saya untuk ke Majlis Perasmian dan Penutup Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2022 yang diadakan pada 21 Oktober 2022..
Masa tue, rasa happy sangat kerana menurut rakan di sana, saya merupakan salah sorang pemenang bagi Pertandingan Ulasan Buku, tapi tak diketahui pemenang yang ke-berapa.. Sejak dari tue, hati rasa berdebar-debar jea sebab suspens jugak bila tak tahu kita jadi pemenang yang ke-berapa..
21 OKTOBER 2022 (JUMAAT) - HARI KEJADIAN
Awal pagi, lepas punch card kat office, saya terus bergerak ke KPKT yang terletak di Presint 4, WP Putrajaya. Nasib baik saya telah menempah kereta jabatan untuk ke sana memandangkan di kawasan tue memang agak sesak dengan kereta dan bimbang takde ruang untuk parking kereta.. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi yang dirasmikan oleh TKSU (P) YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman Bin Abu Samah. Tapi secara kebetulan kat KPKT tue, ada satu majlis lain telah dijalankan, jadi majlis perasmian dan penutup nie berlangsung pada pukul 10.30 pagi.
Kehadiran TKSU (P) YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman Bin Abu Samah - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Majlis Perasmian dan Penutup Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2022 - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Ucapan aluan dan perasmian daripada TKSU (P) - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Kehadiran daripada wakil Dewan Bahasa Dan Pustaka, pengurusan tertinggi KPKT dan para peserta - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Hadiah berbentuk replika cek untuk peserta dan cenderamata untuk pihak KPKT serta pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Acara pertama diumumkan nama pemenang yang berjaya dalam Kuiz Bahasa (KAHOOT), seramai 20 orang warga KPKT yang menjadi pemenang.. Selepas itu, diumumkan pula senarai nama pemenang Pertandingan Deklamasi Puisi dan seramai 5 orang pemenang warga KPKT berjaya.. Akhir sekali senarai nama pemenang bagi Pertandingan Ulasan Buku diumumkan.. Seramai 5 orang pemenang telah dipilih oleh pihak juri untuk kategori ini..
Masa tue Allah SWT saja yang tahu betapa berdebarnya hati nie.. Saat pengacara majlis mengumumkan penerima hadiah saguhati, tup-tup nama saya yang menjadi sebutan... Alhamdulillah, rasa happy sangat sebab menang dalam pertandingan nie walaupun takdelah mengharapkan kemenangan, tapi cuma sekadar memeriahkan suasana pertandingan dan tanda sokongan.. Tapi itulah yang dikatakan jika ada rezeki kita, memang takkan ke mana...
Masa tue Allah SWT saja yang tahu betapa berdebarnya hati nie.. Saat pengacara majlis mengumumkan penerima hadiah saguhati, tup-tup nama saya yang menjadi sebutan... Alhamdulillah, rasa happy sangat sebab menang dalam pertandingan nie walaupun takdelah mengharapkan kemenangan, tapi cuma sekadar memeriahkan suasana pertandingan dan tanda sokongan.. Tapi itulah yang dikatakan jika ada rezeki kita, memang takkan ke mana...
Gambar bersama pemenang - Pertandingan Kuiz Kahoot, Pertandingan Deklamasi Puisi dan Pertandingan Ulasan Buku - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Alhamdulillah, diumumkan sebagai pemenang hadiah saguhati - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Gambar kenangan sebagai pemenang |
Replika jea tau, nanti pihak penganjur akan bank in duit hadiah nie.. |
Penyampaian cenderamata daripada wakil Dewan Bahasa Dan Pustaka - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Penyampaian cenderamata daripada pihak pengurusan tertinggi KPKT - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Tahniah pada kakitangan Perpustakaan Ibnu Sina. Gambar kenangan bersama pengurusan tertinggi KPKT - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT |
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan Majlis Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan, terutama pada rakan-rakan sejawat saya di Perpustakaan Ibnu Sina.. Insha Allah jika ada pertandingan lagi, akan saya ikutinya..
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Lebih-lebih lagi sejarah yang mungkin kita tak tahu selama nie pernah berlaku dalam negara dan ianya berlaku sebelum kita dilahirkan lagi...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Lebih-lebih lagi sejarah yang mungkin kita tak tahu selama nie pernah berlaku dalam negara dan ianya berlaku sebelum kita dilahirkan lagi...
What should you do if you are scammed online? | National Scam Response Centre (NSRC)
Tuesday, October 18, 2022
Assalamualaikum wbt..
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Lebih-lebih lagi sejarah yang mungkin kita tak tahu selama nie pernah berlaku dalam negara dan ianya berlaku sebelum kita dilahirkan lagi...
Assalamualaikum wbt...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan pada awak semua yang selalu saja singgah ke jurnal saya, tanpa awak maka jurnal nie tak wujud.. Hihihi.. Seperti biasa, untuk menghargai kedatangan awak semua kat jurnal nie, saya akan terus mengekalkan carta bulanan Top Commentator..
Okey, TAHNIAH diucapkan kepada 10 nama yang berjaya masuk dalam carta bulanan dan nampaknya pada carta bulanan kali ini banyak nama yang berubah... Saya nak ucapkan selamat kembali dalam carta bulanan saya kepada Mamapp, Ciktie, Fairus Mamat, Mummy Ayu dan Cuya..
Jadi inilah senarai yang bertuah dan terpilih..
TAHNIAH diucapkan kepada nama yang terpilih.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah...
Seperti kebiasaan juga, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Oktober 2022... Awak pun boleh juga singgah ke blog mereka, kenali mereka dan follow mereka kerana mereka semuanya blogger yang hebat belaka.. Memang tak rugi kenal dengan mereka.. Jom kita singgah...
NA | Nurin Irsalina | Mamapp | Ciktie | Rabiahtul Adawiyah | Vanilla Maple | Cuya | Mummy Ayu| Fairus Mamat | Mctie
TAHNIAH DIUCAPKAN PADA AWAK SEMUA...!! YOU ARE THE BEST OF THE BEST...!!! TERIMA KASIH KERANA SELALU MENYOKONG SAYA..!!
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Lebih-lebih lagi sejarah yang mungkin kita tak tahu selama nie pernah berlaku dalam negara dan ianya berlaku sebelum kita dilahirkan lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons