Pertandingan Ulasan Buku anjuran KPKT | Alhamdulillah

Sunday, October 30, 2022


Assalamualaikum wbt..
Awak masih lagi ingat pada cerita saya yang lepas...? Yang nie..


Okey, saya cerita serba sedikit tentang kronologi pertandingan.. Perpustakaan Ibnu Sina yang terletak di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah manganjurkan satu pertandingan bersempena dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan dan Dekad Bahasa Kebangsaan. 

Pertandingan nie telah bermula pada 10 September sehingga 10 Oktober 2022 yang lalu dan ianya dibuka kepada semua warga KPKT. Ada 3 kategori yang dijalankan dan salah satunya ada Pertandingan Ulasan Buku. Memandangkan jabatan saya berada di bawah naungan KPKT dan sebagai tanda sokongan saya pada rakan sejawat, jadi saya pun join pertandingan nie..

Kalau ikutkan daripada syarat pertandingan, saya perlu mengulas buku dalam dua bentuk format iaitu melalui esei dan juga video.. Kalau dalam bentuk esei nie, bagi saya takde masalah, tapi bila melibatkan video mulalah gelabah katak.. Maklumlah saya nie seorang yang introvert, jadi nak buat ulasan video tue satu task yang agak susah bagi saya.. Tapi dek kerana nak sokong rakan punya pasal, saya buat jugak.

Cumanya saya tak berada di hadapan kamera, sebaliknya saya hanya menggunakan suara saja untuk buat ulasan buku.. Hihi tuepun dah berpuluh kali saya buat rakaman suara tue, sebab tak puas hati dengan suara sendiri.. Berpeluh jugak la saya buat rakaman suara tue.. 

Bila dah siap, akhirnya terhasil lah video nie...


Masa pun berlalu dengan cepatnya dan tanggal tarikh 13 Oktober 2022, saya mendapat emel daripada Perpustakaan Ibnu Sina yang menjemput saya untuk ke Majlis Perasmian dan Penutup Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2022 yang diadakan pada 21 Oktober 2022..

Masa tue, rasa happy sangat kerana menurut rakan di sana, saya merupakan salah sorang pemenang bagi Pertandingan Ulasan Buku, tapi tak diketahui pemenang yang ke-berapa.. Sejak dari tue, hati rasa berdebar-debar jea sebab suspens jugak bila tak tahu kita jadi pemenang yang ke-berapa..

21 OKTOBER 2022 (JUMAAT) - HARI KEJADIAN

Awal pagi, lepas punch card kat office, saya terus bergerak ke KPKT yang terletak di Presint 4, WP Putrajaya. Nasib baik saya telah menempah kereta jabatan untuk ke sana memandangkan di kawasan tue memang agak sesak dengan kereta dan bimbang takde ruang untuk parking kereta.. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi yang dirasmikan oleh TKSU (P) YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman Bin Abu Samah. Tapi secara kebetulan kat KPKT tue, ada satu majlis lain telah dijalankan, jadi majlis perasmian dan penutup nie berlangsung pada pukul 10.30 pagi.

Kehadiran TKSU (P) YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman Bin Abu Samah - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Majlis Perasmian dan Penutup Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2022 - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Ucapan aluan dan perasmian daripada TKSU (P) - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Kehadiran daripada wakil Dewan Bahasa Dan Pustaka, pengurusan tertinggi KPKT dan para peserta - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Hadiah berbentuk replika cek untuk peserta dan cenderamata untuk pihak KPKT serta pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Acara pertama diumumkan nama pemenang yang berjaya dalam Kuiz Bahasa (KAHOOT), seramai 20 orang warga KPKT yang menjadi pemenang.. Selepas itu, diumumkan pula senarai nama pemenang Pertandingan Deklamasi Puisi dan seramai 5 orang pemenang warga KPKT berjaya.. Akhir sekali senarai nama pemenang bagi Pertandingan Ulasan Buku diumumkan.. Seramai 5 orang pemenang telah dipilih oleh pihak juri untuk kategori ini..

Masa tue Allah SWT saja yang tahu betapa berdebarnya hati nie.. Saat pengacara majlis mengumumkan penerima hadiah saguhati, tup-tup nama saya yang menjadi sebutan... Alhamdulillah, rasa happy sangat sebab menang dalam pertandingan nie walaupun takdelah mengharapkan kemenangan, tapi cuma sekadar memeriahkan suasana pertandingan dan tanda sokongan.. Tapi itulah yang dikatakan jika ada rezeki kita, memang takkan ke mana...

Gambar bersama pemenang - Pertandingan Kuiz Kahoot, Pertandingan Deklamasi Puisi dan Pertandingan Ulasan Buku - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Alhamdulillah, diumumkan sebagai pemenang hadiah saguhati - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT


Gambar kenangan sebagai pemenang 

Replika jea tau, nanti pihak penganjur akan bank in duit hadiah nie.. 

Penyampaian cenderamata daripada wakil Dewan Bahasa Dan Pustaka - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Penyampaian cenderamata daripada pihak pengurusan tertinggi KPKT - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Tahniah pada kakitangan Perpustakaan Ibnu Sina. Gambar kenangan bersama pengurusan tertinggi KPKT - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT


Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan Majlis Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan, terutama pada rakan-rakan sejawat saya di Perpustakaan Ibnu Sina.. Insha Allah jika ada pertandingan lagi, akan saya ikutinya.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



8 comments

  1. wahhh dapat hadiah saguhati pun berbaloi lah dengan usaha kak shikin buat review esei dan video tu. Tahniah akak :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Ada juga terselit nama Shikin sebagai pemenang.

    ReplyDelete
  3. tahniah....dapat hadiah sagu hati pun kira rezeki besar tau !...alhmdulillah

    ReplyDelete
  4. wah tahniah shikin mmg berbakat semoga bertambah lagi murah rezeki

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah shikin.. Ohsem sangat..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧