Assalamualaikum wbt..
Camne dengan bacaan sejarah awak hari nie..? Jom kita baca sejarah lama...
Assalamualaikum wbt..
Jom kita baca sejarah lama...
Assalamualaikum wbt...
Adakah awak semua masih ingat dengan cerita saya sebelum nie..?
Mesti awak berdebar-debar dan tertanya-tanya siapakah yang bertuah untuk dijadikan pemenang, kan...
Untuk jalan cerita nie, awak semua tahu yang saya membuat satu entri khas untuk semua Top Commentator pada setiap bulan.. Setiap kali saya buat entri nie, saya akan buatkan satu senarai nama di dalam Word dan daripada situlah, saya akan dapat mengesan nama pengomen yang tegar untuk tahun tersebut..
Tujuan utama saya buat nie adalah inilah cara saya menghargai awak semua yang selalu jea singgah ke jurnal ini.. Walaupun ada yang tahu, saya agak culas untuk tinggalkan komen pada blog awak.. Tapi awak semua tetap tak jemu untuk singgah ke sini, rasa macam segan pulak bila jarang tinggalkan komen.. hihihi.. Jadi, ini kiranya tanda kemaafan daripada saya kepada awak yang selalu singgah ke jurnal ini..
Hihihi, awak nak tahu siapakah yang bertuah...? Inilah orangnya...
TAHNIAH DIUCAPKAN PADA PEMENANG YANG DISENARAIKAN INI...
Terima kasih yang tak terhingga pada kak NA dan semua yang selalu singgah ke jurnal ini... Kak NA telah mendapat markah yang tertinggi daripada keseluruhan markah iaitu 9.7 markah per 10..
Oh, ya.. Untuk pemenang TOP COMMENTATOR BULAN JANUARI 2023, saya telah dapat tangkap nama pemenang bertuah.. Nama yang bertuah nie, akan saya umumkan sekali dengan nama pemenang TOP COMMENTATOR BULAN FEBRUARI 2023..
TAHNIAH SEKALI PADA KAK NA... NANTI SAYA AKAN HANTAR HADIAH UNTUK AKAK...
Untuk awak yang belum bertuah, jangan gundah gulana dan bersedih yea.. Awak suma boleh cuba lain pada tahun nie.. Mana tahu, nama awak pula yang naik pada tahun depan...
Harap awak semua happy-happy dan jangan bersedih yea...
Assalamualaikum wbt...
Tadi masa duk blogwalking, ternampaklah satu entri mengenai GA.. Sempatlah join GA yang dianjurkan dan ianya merupakan GA yang pertama saya join untuk tahun nie..
Masih sempat lagi nak join nie, macam biasa awak klik pada banner kat atas nie.. Kemudian ikutlah syarat mudah yang diberikan...
GA ini telah berlangsung pada 23 Januari dan akan berakhir pada 13 Februari ini.. Jom kita join ramai-ramai..
Sempena dengan hari ulangtahun perkahwinan Cik Nur dengan suaminya, inilah ucapan saya...
Okey, best of luck folks...
Ya Allah, sedar-sedar dah nak masuk akhir bulan Januari dah.. Mintak maaf la sebab lama tak update jurnal nie, sebabnya kesibukan yang melampau..
Dengan kerja hakiki di pejabat dengan kemas rumah memang tak cukup rasanya 24 jam nie...
Jadi, untuk segmen Top Commentator yang saya buat setiap bulan, pemenang bulan ini (Januari) akan saya umumkan sekali untuk pemenang Top Commentator bulan Februari nanti..
Semoga saya mendapat masa yang mengizinkan saya untuk update jurnal.. hihihi..
Assalamualaikum wbt..
Jom kita kaji sejarah lama...
Assalamualaikum wbt..
Jom kita baca buku sejarah, yang nie lelaki dan perempuan pun boleh baca.. hihihi..
Assalamualaikum wbt..
Jom kita baca buku sejarah yang telah berlaku dalam negara, yang mungkin kita tak sedari ataupun belum dilahirkan lagi ketika itu...
Assalamualaikum wbt..
Sempena dengan tahun baru nie, saya ada suprise untuk awak semua..
Sebelum tue, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada awak yang sentiasa singgah ke jurnal saya nie.. Tanpa awak yang baca dan bagi komen yang membina pada saya, jurnal nie mungkin akan terkubur tanpa kesan..
Jadi, suprise nya adalah, saya akan umumkan nama pengomen yang bertuah sepanjang tahun 2022.. Tapi.. Tapi.. Bukan sekarang tau saya umumkan... Bila..?
Hihihi... Tunggu saja cerita yang akan datang..
Untuk pengetahuan awak semua, setiap kali saya umumkan nama Top Commentator pada setiap bulan, saya akan buatkan satu senarai bulanan.. Daripada situlah saya akan tau siapakah yang konsisten beri komen secara bulanan pada jurnal nie...
Jadi agak² siapakah yang bertuah yea.. Sama² kita tunggu cerita seterusnya...
Tunggu tau...
Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada awak semua.. Semoga di tahun baru nie kehidupan kita akan lebih baik daripada tahun sebelumnya...
Saya jugak nak mintak maaf banyak² kerana jarang untuk update jurnal nie..Sebenarnya ada sebabnya.. Awak suma masih ingat lagi tak dengan cerita saya nie..?
Cerita yang saya maksudkan adalah berkisahkan rumah saya yang bakal diubahsuaikan.. Syukur pada Allah, akhirnya rumah saya hampir siap sepenuhnya, yang kini dalam proses mengecat..
Okey, serba sedikit tentang cerita nie.. Setelah menunggu hampir 2 tahun, akhirnya pada bulan Ogos 2022, projek pengubahsuaian dimulakan.. Masa tue saya perlu berpisah sekejap dengan hubby kerana dua perkara.. Perkara pertama, pekerja binaan akan tinggal di rumah ini untuk proses pecah dinding dan buat binaan bangunan yang baru, jadi demi keselesaan saya dan menjaga aurat, hubby suruh saya berpindah... Manakala hubby pulak akan terus tinggal di situ memandangkan barang² di dalam rumah, kami tidak angkat untuk berpindah keluar.. Secara kebetulan kawan satu opis mengajak saya untuk tinggal bersamanya di Putrajaya.. Alhamdulillah kiranya dekatlah sikit jarak rumahnya dengan opis..
Kini rumah saya dalam fasa terakhir iaitu proses mengecat keseluruhan rumah.. Saya sendiri telah balik semula ke rumah syurga ini setelah hampir 4 bulan saya menumpang di rumah kawan saya..
Nanti saya akan kongsikan gambar permulaan projek pengubahsuaian rumah hinggalah ke akhirnya.. Sebab utama adalah semua gambar tue ada dalam laptop dan saya update cerita nie pun guna tablet saja...
Doakan saya agar semuanya berjalan dengan lancar..
SELAMAT TAHUN BARU 2023
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons