Assalamualaikum wbt..
Di kesempatan ini, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada awak semua... Maaf zahir dan batin andainya ada salah dan silap dari segi bentuk penulisan saya, andainya jika ada yang terguris hati dek kata-kata saya di dalam jurnal ini.. Mohon ampun dan maaf..
Cerita saya sebelum nie yang saya dan hubby beraya di Sepang.. Kami mengambil keputusan yang amat berat untuk tak balik kampung bagi meraikan hari yang mulia nie, kerana atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...
Walaupun agak sedih kerana tak dapat beraya bersama keluarga tersayang, tapi ianya tak mematahkan semangat kami berdua untuk meraikan hari yang mulia nie...
Baru-baru nie, Perdana Menteri kita telah mengumumkan satu berita yang agak menggembirakan jugak, salah satunya pengumuman cuti tambahan hari Jumaat jika hari raya jatuh pada Sabtu dan cuti tambahan pada hari Isnin jika hari raya jatuh pada hari Jumaat. Sebaik saja PM kita umum berita gembira tue, Ketua Pengarah kami pun mengutuskan satu memo iaitu pelepasan untuk balik awal pada hari Khamis lepas..
Alhamdulillah, rasa gembira jugak la sebab memo pelepasan balik awal telah dikeluarkan, dan saya pun terus menelefon hubby untuk menemani saya shopping persiapan hari raya... Dalam kepala nie telah menetapkan satu menu yang ringkas iaitu nasi minyak... hihihi sebab menu tue saya memang selalu masak jadi agak senang untuk disediakan dan ianya menu yang selalu ummie saya masak... Nasi dagang..? Sebenarnya saya masih tak yakin untuk masak nasi dagang, memang selalu fail jadinya, bukan jadi nasi dagang, sebaliknya akan jadi nasi lemak... hihihi... Lagipun kami cuma berdua suami isteri jea, jadi tak perlu nak sediakan makanan banyak-banyak, jenuh pulak nak menghabiskannya nanti.. Jiran-jiran semua ramai dah balik kampung, jadi taman perumahan kami nie tak ramai yang ada..
Bila sampai kat Econsave di KIP Mall Kota Warisan, Masha-Allah, ramai juga umat manusia yang shopping.. Tapi Alhamdulillah, barang-barang basah untuk persiapan juadah masih banyak dijual.. Dah habis beli barang, kami singgah ke gerai juadah berbuka di dalam area kampung berdekatan dengan taman perumahan kami.. Tapi biasalah, bak kata orang petang-petang raya, dah tak ramai orang yang menjual juadah, jadinya kami cuma beli murtabak jea sebagai juadah berbuka..
Usai berbuka, solat Maghrib, Isya' dan terawih terakhir untuk bulan Ramadan tahun nie, saya pun mula mengemas barang-barang keperluan yang dibeli.. Target saya selepas tue, ingat nak mengemas rumah, tapi dek terlalu penat masa shopping tadi, niat tue saya tangguh esoknya..
Nak dijadikan cerita, ingat lepas sahur terakhir, rasa macam bersemangat nak mengemas rumah, tapi disebabkan cuaca sekarang terlalu panas, niat tue akhirnya dipanjangkan selepas berbuka.. hihihi..
Selepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, kami berdua berbagi tugas.. Hubby kata biar dia mengemas rumah, saya pula ditugaskan untuk memasak.. Antara menu awal yang perlu disediakan adalah acar untuk menu nasi minyak.. Tapi acar nie saya buat kelainan sikit, selain guna sayur-sayuran asal untuk buat acar... Biasanya nasi minyak Terengganu, acar yang digunakan adalah acar timun.. Sayuran tue saya kekalkan, ditambah dengan lobak merah, nanas dan cili.. Tapi cili tue saya gantikan dengan cili benggala merah sebab kehabisan cili masa beli barang hari sebelum tue.. Kemudian saya campurkan buah tomato dan kobis ungu sebagai sayuran tambahan.. Jadi nampak seperti menu derhaka jadinya... hihihi
Dah selesai buat acar, saya rehatkan diri sekejap dan usai selesai solat Isya', saya terus sambung semula kerja-kerja memasak.. Kenapa saya tak masak rendang..? Macam saya bagitau sebelum nie, kami berdua jea suami isteri dalam rumah nie, jadi taknak membazir makanan, sebab tue hubby kata tak perlu masak rendang, cukup dengan menu nasi minyak jea di hari raya..
Untuk hidangan nasi minyak, saya masak dua jenis masakan lauk, iaitu ayam masak merah serta gulai daging.. Untuk gulai daging nie, saya guna pes gulai yang dibeli kat shopee.. Awak cuma perlu tambah sos tomato, susu cair dan susu pekat saja, senang dan mudah disediakan...
LINK SHOPEE https://shopee.com.my/KAK-NAH-Pes-Gulai-Nasi-Minyak-Terengganu-(250-gram)-Ekspres.-i.111229470.7139943100?sp_atk=bf1782b9-7cf0-481b-b04b-cb1d2c2a0e80 |
Lepas saya masak kedua-dua hidangan berkuah, saya rehatkan diri sekejap sebelum solat subuh dan kemudian saya pun terus memasak nasi minyak sebagai pelengkap menu.. Hihi yelah, dah masak kuah tentu tak lengkap kalau takde nasi kan..
Tada...
Inilah hasilnya menu hidangan kami di hari raya nie... Nak tahu cara masak nasi minyak cara ummie saya..? Awak boleh baca kat entri nie..
KLIK SINI RESIPI NASI MINYAK | CARA SHIKIN RAZALI |
Selamat mencuba..
Assalamualaikum wbt...
Okey, masa untuk baca buku sejarah..
Assalamualaikum wbt..
Sebagaimana yang dijanjikan pada cerita saya sebelum ini, saya akan mengumumkan nama-nama yang bertuah untuk Top Commentator pada bulan ini..
Siapakah yang berjaya masuk ke carta bulanan..?
Inilah 10 nama-nama yang berjaya masuk dalam carta bulanan.. Selamat kembali diucapkan kepada Kak SalbiahM, Camdandusler dan Syazni Rahim kerana berjaya masuk dalam carta..
Inilah senarai nama pemenang yang bertuah untuk menerima hadiah daripada saya...
TAHNIAH diucapkan kepada nama-nama yang terpilih.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah... Memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri, hadiah awak akan saya poskan dua minggu selepas hari raya.. Diharapkan awak bersabar yea..
Seperti kebiasaan juga, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 30 April 2023... Awak pun boleh juga singgah ke blog mereka, kenali mereka dan follow mereka kerana mereka semuanya blogger yang hebat belaka.. Memang tak rugi kenal dengan mereka.. Jom kita singgah...
NA | Fatina | Syazni Rahim | Ciktie | Rabiahtul Adawiyah | Cik Nor | Nina Mads | Afzan Sidi| Camdandusler | SalbiahM
TAHNIAH DIUCAPKAN PADA AWAK SEMUA...!! YOU ARE THE BEST OF THE BEST...!!! TERIMA KASIH KERANA SELALU MENYOKONG SAYA..!!
Assalamualaikum wbt..
Jom kita membaca kisah sejarah yang pernah berlaku di negara kita..
Assalamualaikum wbt..
Tinggal sehari atau dua hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal.. Ada di kalangan kita yang dah mula balik kampung halaman masing-masing.. Tapi ada di kalangan kita yang mungkin tak dapat bercuti lama di hari raya dek tugasan dan berbakti pada negara...
Di kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa dengan awak semua.. Oh ya, nanti saya akan umumkan nama pemenang Top Commentator pada bulan ini.. Sebenarnya dah beberapa hari dah widget Top Commentator saya tak dapat detect nama-nama yang disenaraikan, tapi hari nie Alhamdulillah, widget tue dah kembali pulih.. Jenuh jugak belek-belek coding takut² dah tak relevan lagi..
Nasib baik lah tadi semuanya dah okey...
Bercakap dengan balik kampung, awak semua beraya di mana? Saya masih lagi beraya di Sepang, atas sebab yang tak dapat nak elak, kami berdua tak balik kampung.. Raya kan sebulan, jadi mungkin ada rezeki kami akan balik kampung jugak. Cuma di hari pertama lebaran, kami beraya di Sepang dulu...
Saya mendoakan agar perjalanan awak semua dipermudahkan dan lancar, berhati-hati semasa memandu kenderaan.. Jika terlalu penat dan mengantuk, tolong berhenti di mana-mana perhentian dan rehatkan diri dulu.. Jaga diri, jaga jarak dan kalau boleh pakailah facemask kerana jangkitan COVID-19 masih lagi tinggi...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki hari yang ke 17 dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.. Semakin hari bulan yang mulia ini akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.. Semoga kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kita dalam bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bekalan kita di akhirat kelak...
Salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada awak semua, hari yang penuh bersejarah untuk semua umat Islam.. Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۗوَمَنْ كَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗيُرِيْدُ اللّٰهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ۖوَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ
yang bermaksud :
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara
yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara
kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit
atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian
wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur.
FAKTA MENGENAI HARI NUZUL AL-QURAN
(SUMBER INFOGRAFIK : JAKIM)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons