Balik kampung.. Di mana?

Wednesday, April 19, 2023


Assalamualaikum wbt..
Tinggal sehari atau dua hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal.. Ada di kalangan kita yang dah mula balik kampung halaman masing-masing.. Tapi ada di kalangan kita yang mungkin tak dapat bercuti lama di hari raya dek tugasan dan berbakti pada negara...

Di kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa dengan awak semua.. Oh ya, nanti saya akan umumkan nama pemenang Top Commentator pada bulan ini.. Sebenarnya dah beberapa hari dah widget Top Commentator saya tak dapat detect nama-nama yang disenaraikan, tapi hari nie Alhamdulillah, widget tue dah kembali pulih.. Jenuh jugak belek-belek coding takut² dah tak relevan lagi.. 

Nasib baik lah tadi semuanya dah okey...

Bercakap dengan balik kampung, awak semua beraya di mana? Saya masih lagi beraya di Sepang, atas sebab yang tak dapat nak elak, kami berdua tak balik kampung.. Raya kan sebulan, jadi mungkin ada rezeki kami akan balik kampung jugak. Cuma di hari pertama lebaran, kami beraya di Sepang dulu... 

Saya mendoakan agar perjalanan awak semua dipermudahkan dan lancar, berhati-hati semasa memandu kenderaan.. Jika terlalu penat dan mengantuk, tolong berhenti di mana-mana perhentian dan rehatkan diri dulu.. Jaga diri, jaga jarak dan kalau boleh pakailah facemask kerana jangkitan COVID-19 masih lagi tinggi... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



3 comments

  1. Raya di Tampin dan KL. Dekat sahaja.

    ReplyDelete
  2. Kalau baca ttg balik kampung, rinduuu rasanya nak balik ke Solo (kampung suami) atau Medan (kampung saya). Tapi kami memang jaraaang balik pas raya kak. Yg pertama kalonpakai mobil pasti maceeeet paraah, jadi prefer balik kampung di saat bukan hari raya .

    Kedua, kami ada anak2 bulus yang tak bisa ditinggal 🤣. Harus tunggu asisten-asisten rumah saya balik dari libur lebaran, baru saya bisa pergi.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧