Salam Aidilfitri 1444H

Sunday, April 23, 2023


Assalamualaikum wbt..

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد

Di kesempatan ini, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada awak semua... Maaf zahir dan batin andainya ada salah dan silap dari segi bentuk penulisan saya, andainya jika ada yang terguris hati dek kata-kata saya di dalam jurnal ini.. Mohon ampun dan maaf.. 

Cerita saya sebelum nie yang saya dan hubby beraya di Sepang.. Kami mengambil keputusan yang amat berat untuk tak balik kampung bagi meraikan hari yang mulia nie, kerana atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...

Walaupun agak sedih kerana tak dapat beraya bersama keluarga tersayang, tapi ianya tak mematahkan semangat kami berdua untuk meraikan hari yang mulia nie...

Baru-baru nie, Perdana Menteri kita telah mengumumkan satu berita yang agak menggembirakan jugak, salah satunya pengumuman cuti tambahan hari Jumaat jika hari raya jatuh pada Sabtu dan cuti tambahan pada hari Isnin jika hari raya jatuh pada hari Jumaat. Sebaik saja PM kita umum berita gembira tue, Ketua Pengarah kami pun mengutuskan satu memo iaitu pelepasan untuk balik awal pada hari Khamis lepas.. 

Alhamdulillah, rasa gembira jugak la sebab memo pelepasan balik awal telah dikeluarkan, dan saya pun terus menelefon hubby untuk menemani saya shopping persiapan hari raya... Dalam kepala nie telah menetapkan satu menu yang ringkas iaitu nasi minyak... hihihi sebab menu tue saya memang selalu masak jadi agak senang untuk disediakan dan ianya menu yang selalu ummie saya masak... Nasi dagang..? Sebenarnya saya masih tak yakin untuk masak nasi dagang, memang selalu fail jadinya, bukan jadi nasi dagang, sebaliknya akan jadi nasi lemak... hihihi... Lagipun kami cuma berdua suami isteri jea, jadi tak perlu nak sediakan makanan banyak-banyak, jenuh pulak nak menghabiskannya nanti.. Jiran-jiran semua ramai dah balik kampung, jadi taman perumahan kami nie tak ramai yang ada.. 

Bila sampai kat Econsave di KIP Mall Kota Warisan, Masha-Allah, ramai juga umat manusia yang shopping.. Tapi Alhamdulillah, barang-barang basah untuk persiapan juadah masih banyak dijual.. Dah habis beli barang, kami singgah ke gerai juadah berbuka di dalam area kampung berdekatan dengan taman perumahan kami.. Tapi biasalah, bak kata orang petang-petang raya, dah tak ramai orang yang menjual juadah, jadinya kami cuma beli murtabak jea sebagai juadah berbuka.. 

Usai berbuka, solat Maghrib, Isya' dan terawih terakhir untuk bulan Ramadan tahun nie, saya pun mula mengemas barang-barang keperluan yang dibeli.. Target saya selepas tue, ingat nak mengemas rumah, tapi dek terlalu penat masa shopping tadi, niat tue saya tangguh esoknya.. 

Nak dijadikan cerita, ingat lepas sahur terakhir, rasa macam bersemangat nak mengemas rumah, tapi disebabkan cuaca sekarang terlalu panas, niat tue akhirnya dipanjangkan selepas berbuka.. hihihi.. 

Selepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, kami berdua berbagi tugas.. Hubby kata biar dia mengemas rumah, saya pula ditugaskan untuk memasak.. Antara menu awal yang perlu disediakan adalah acar untuk menu nasi minyak.. Tapi acar nie saya buat kelainan sikit, selain guna sayur-sayuran asal untuk buat acar... Biasanya nasi minyak Terengganu, acar yang digunakan adalah acar timun.. Sayuran tue saya kekalkan, ditambah dengan lobak merah, nanas dan cili.. Tapi cili tue saya gantikan dengan cili benggala merah sebab kehabisan cili masa beli barang hari sebelum tue.. Kemudian saya campurkan buah tomato dan kobis ungu sebagai sayuran tambahan.. Jadi nampak seperti menu derhaka jadinya... hihihi

Dah selesai buat acar, saya rehatkan diri sekejap dan usai selesai solat Isya', saya terus sambung semula  kerja-kerja memasak.. Kenapa saya tak masak rendang..? Macam saya bagitau sebelum nie, kami berdua jea suami isteri dalam rumah nie, jadi taknak membazir makanan, sebab tue hubby kata tak perlu masak rendang, cukup dengan menu nasi minyak jea di hari raya.. 

Untuk hidangan nasi minyak, saya masak dua jenis masakan lauk, iaitu ayam masak merah serta gulai daging.. Untuk gulai daging nie, saya guna pes gulai yang dibeli kat shopee.. Awak cuma perlu tambah sos tomato, susu cair dan susu pekat saja, senang dan mudah disediakan... 

Lepas saya masak kedua-dua hidangan berkuah, saya rehatkan diri sekejap sebelum solat subuh dan kemudian saya pun terus memasak nasi minyak sebagai pelengkap menu.. Hihi yelah, dah masak kuah tentu tak lengkap kalau takde nasi kan.. 

Tada...


Inilah hasilnya menu hidangan kami di hari raya nie... Nak tahu cara masak nasi minyak cara ummie saya..? Awak boleh baca kat entri nie..



Selamat mencuba.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



4 comments

  1. Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Shikin & suami.. maaf zahir & batin

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧