Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki hari yang ke 17 dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.. Semakin hari bulan yang mulia ini akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.. Semoga kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kita dalam bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bekalan kita di akhirat kelak...
Salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada awak semua, hari yang penuh bersejarah untuk semua umat Islam.. Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۗوَمَنْ كَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗيُرِيْدُ اللّٰهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ۖوَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ
yang bermaksud :
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara
yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara
kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit
atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian
wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur.
FAKTA MENGENAI HARI NUZUL AL-QURAN
(SUMBER INFOGRAFIK : JAKIM)
Thanks for your sharing...
ReplyDeleterasanya belum terlambat nak ucap selamat berpuasa sis...moga diakhir2 ramadhan ni kita semua mendapat keberkatan dari Allah
ReplyDeleteselamat berpuasa Shikin. lamanya tak singgah sini. semoga terus diberi kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga
ReplyDeleteCepat masa berlalu. Harap selalu berdoa padaNya dan baca al-Quran selalu.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak shikin. terima kasih diatas perkongsian ni. Selamat berpuasa kak shikin :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam
ReplyDelete