Salam Nuzul Al-Quran 1444H

Saturday, April 08, 2023


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki hari yang ke 17 dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.. Semakin hari bulan yang mulia ini akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.. Semoga kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kita dalam bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bekalan kita di akhirat kelak... 

Salam Nuzul Al-Quran diucapkan kepada awak semua, hari yang penuh bersejarah untuk semua umat Islam.. Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 : 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۗوَمَنْ كَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗيُرِيْدُ اللّٰهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ۖوَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ
yang bermaksud :
 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan 
yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi 
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang 
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara 
yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara 
kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), 
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit
atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian 
wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada 
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) 
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak 
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu 
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya 
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan 
supaya kamu bersyukur.

FAKTA MENGENAI HARI NUZUL AL-QURAN
(SUMBER INFOGRAFIK : JAKIM)



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

  1. rasanya belum terlambat nak ucap selamat berpuasa sis...moga diakhir2 ramadhan ni kita semua mendapat keberkatan dari Allah

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa Shikin. lamanya tak singgah sini. semoga terus diberi kesihatan dan kebahagiaan bersama keluarga

    ReplyDelete
  3. Cepat masa berlalu. Harap selalu berdoa padaNya dan baca al-Quran selalu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak shikin. terima kasih diatas perkongsian ni. Selamat berpuasa kak shikin :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧