Diari pengubahsuaian rumah | Episod pertama

Tuesday, July 25, 2023


Assalamualaikum wbt..
Okey, awak masih ingat lagi kan cerita saya yang lepas..?


Setelah hampir 2 tahun projek pengubahsuaian rumah terbengkalai, akhirnya pada 3hb Ogos 2022 bermulalah kisahnya…

KRONOLOGI CERITA

17hb September 2021
Dapat panggilan daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) untuk sesi perjumpaan pada 20hb September. Memandangkan saya menggunakan pinjaman daripada LPPSA jadi sesi perjumpaan di antara JPPH dengan peminjam adalah satu kemestian untuk memastikan semua dokumen lengkap dan mengikut jadual pelan yang telah dipersetujui. Alhamdulillah, pegawai JPPH memberi bayangan yang permohonan saya akan diluluskan tak lama lagi memandangkan ini kali pertama saya membuat pengubahsuaian rumah. 

20hb Oktober 2021
Alhamdulillah, akhirnya berita yang ditunggu telah tiba. Saya mendapat satu SMS, menyatakan permohonan pinjaman saya telah diluluskan. Selepas tarikh ini, bermulalah pelbagai borang untuk ditandatangani yang disediakan oleh peguam.. Tapi saya bernasib baik kerana segala urusan borang hanya melalui kurier saja dan saya tak perlu keluar pejabat untuk urusan borang. 

29hb April 2022
Kontraktor yang dilantik telah memberi arahan pada kami untuk mula mengemas barangan di dalam rumah.. Nasib baiklah kami berdua kemas barangan yang besar² saja sebabnya ada barangan yang kurang dipakai telah pun dibungkus di dalam kotak terlebih dulu..

Kalau diikutkan perjanjian sebelum ini, kami berdua perlu pindah dan menyewa di tempat yang lain.. Tapi hubby mengambil keputusan untuk kekal tinggal di rumah tue memandangkan ada banyak barangan rumah yang kami tak bawa bersama.. Mula² pening jugak nak cari rumah sewa memandangkan takde siapa yang bagi sewa cuma untuk 3 bulan saja.. Tapi kami percaya akan ada jalan penyelesaiannya… Secara kebetulan, kawan saya mengajak untuk tinggal bersamanya di Putrajaya.. Lega jugak rasa di hati, dan saya memang terhutang budi dengan kebaikan kawan yang sudi menumpangkan saya di rumahnya..

2hb Julai 2022
Kontraktor menghubungi kami melalui whatsapp yang projek pengubahsuaian rumah akan dijalankan pada 1hb Ogos 2022.. Jadi saya pun mulalah mengangkut sikit demi sikit barangan yang perlu ke rumah kawan.. Masa tue kawan dah serahkan kunci pendua supaya senang untuk saya keluar masuk..

22hb Julai 2022
Saya mendapat surat dalaman daripada opis, menyatakan saya perlu menghadiri Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Kuala Terengganu pada 1hb Ogos sehingga 3hb Ogos. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, jadi saya dapat peluang untuk balik ke kampung dan selepas balik dari kursus saya akan terus tinggal di Putrajaya.. Memandangkan situasi itu, hubby memberi keizinan untuk saya drive sorang ke Kuala Terengganu.. Dek dulu masa bujang saya memang selalu drive sorang balik ke kampung, jadi hubby tak risau sangat walaupun ada sedikit kebimbangan dalam hatinya tapi bertawakkal pada Allah..

30hb Julai 2022
Tepat jam 12 tengah hari, selepas bersalam² dengan hubby, saya pun mulakan perjalanan balik ke Kuala Terengganu, dan saya target untuk sampai ke rumah sana sebelum waktu maghrib.. Selalunya jika saya drive sorang, saya jarang singgah ke R&R dalam waktu yang lama.. Berhenti pun cuma untuk isi minyak, ke surau dan ke tandas… Kalau makan dan minum pun, saya selalunya akan sediakan bekalan dan makan dalam kereta jea… Seperti jangkaan, saya sampai di Kuala Terengganu pada jam 6.30 petang dan seperti yang saya fikirkan, mereka suma terkejut sebab bagi mereka saya bawak kereta seperti kereta ferrari...hihihi ummie saya macam biasalah duk membebel sebab di sangkanya saya memandu dengan laju..

1hb Ogos 2022
Jam 2 petang, mula check in hotel penginapan tempat kami berkursus… Mulanya saya ingat nak stay kat rumah jea sebab jarak antara hotel dengan rumah terlalu dekat.. Tapi risau pula jika masa berkursus tue berlanjutan sampai malam dan taknak ummie saya menunggu kepulangan, jadi saya pun ambik keputusan untuk stay kat hotel.. Cuma saya tak bawak luggage besar, cuma untuk dipakai masa berkursus jea…

2hb Ogos 2022
Hubby menghantar gambar kontraktor telah mula meletak barangan untuk pengubahsuaian rumah.. Masa nie rasa happy sangat sebab akhirnya rumah impian bakal siap tak lama lagi.. Hubby bagitau yang pekerja pembinaan akan tinggal bersama²nya bagi memudahkan kerja² pengubahsuaian..Jadi sebab itulah kami diarahkan untuk berpindah tapi kira nasib baik jugak la hubby tak ikut sekali berpindah.. Bukan tak percaya cuma kami mengambil pendekatan untuk lebih berhati² dengan perkara seperti ini..

3hb Ogos 2022
Alhamdulillah, pada jam 12.30 tengah hari, kami selesai berkursus dan mula check out hotel penginapan.. Setelah selesai makan tengah hari, saya pun bergerak balik ke rumah untuk ambik luggage selebihnya.. Untuk balik semula ke Putrajaya, saya ditemani dengan kawan roommate yang ingin menumpang sekali dan secara kebetulan dia pun duduk di Putrajaya, cuma berlainan presint saja.. Setelah bersalam dengan ummie, tepat jam 3.30 petang, kami pun mula bergerak balik ke Putrajaya.. Masa tue, saya target untuk sampai ke Putrajaya sebelum jam 11 malam.. Tapi dek kepenatan sangat, saya berhenti rehat di kawasan parking berdekatan dengan tol Bentong, masa tue jam menunjukkan pukul 9.30 malam.. Saya tak berganti pemandu kerana kawan tak pandai bawak kereta manual.. Jadi sempatlah saya lelapkan mata dalam masa 1 jam untuk hilangkan kepenatan.. Setelah 1 jam berlalu dan basuh muka untuk kesegaran mata, saya mula kembali mulakan perjalanan.. Alhamdulillah pada jam 11.45 malam, kami sampai di Putrajaya.. Setelah menghantar kawan, saya singgah ke Salak Tinggi untuk menghantar keropok lekor dan satar kepada hubby tapi entah kenapa saya rasa kepenatan yang melampau, lalu saya ajak hubby untuk stay one night kat hotel berhampiran dengan rumah memandangkan pekerja pembinaan telahpun tinggal di rumah tue..

Okey, nanti saya sambung pada episod kedua..

Tunggu..

GAMBAR SEBELUM PENGUBAHSUAIAN RUMAH

Kawasan ruang tamu, dinding yang bercorak nie bakal dilenyapkan. 

Memandangkan rumah banyak barang, terpaksa letak separuh dalam bilik utama memandangkan hanya bilik utama (kecuali bilik air) dan bilik kedua saja yang tidak diubahsuai.

Nasib baik beli sofa jenis wing chair saja jadi memang muat letak dalam bilik. 

Keadaan bilik air sebelum ubahsuai.

Ruang meja makan lama. 


Kedua pintu ini bakal dilenyapkan. 

Kawasan dapur.

Bilik ketiga ini berkongsi ruang bilik air, jadi memang tak sesuai untuk tidur. Bilik ini saya jadikan ruang stor memandangkan rumah takde stor. Bilik nie adik lelaki selalu request supaya buatkan bilik untuk dia tidur kalau dia datang ke rumah saya. Kebetulan pulak saluran air dalam bilik air nie tersumbat, tue yang buat keputusan untuk pecahkan bilik air ini. 

Bilik ketiga ini ada tingkap menghala ruang belakang tapi terpaksa buang, disebabkan ruang belakang ini menjadi ruang tambahan bangunan (ruang dapur, ruang bilik air dan ruang laundry)

Keadaan dapur asal. 

Dulu, hanya island table top nie saja saya buat masa beli rumah nie, tapi kini hanya tinggal kenangan. 

Ruang belakang rumah yang akan dijadikan ruang baru tambahan bangunan. Sedih memang sedih sebab dah takde tanah dah tapi demi keselesaan seluruh keluarga, terpaksa dilepaskan kawasan ini.  

Ruang bilik air kedua yang memang berdepan dengan ruang dapur. 

Keadaan pagar lama yang senget benget kini tinggal kenangan. 

Ruang anjung kereta yang lama. Abaikan benda yang bersepah tue.. 

Inilah ruang keseluruhan dalam rumah saya. 

Inilah ruang keseluruhan ruang dapur. Dekat kawasan bakul merah tue adalah bilik ketiga manakala sebelah mesin basuh itulah ruang bilik air. Jadi memang agak sempit kalau nak masak, lebih-lebih lagi jika ada ahli keluarga yang datang bermalam di rumah. 


Ruang workstation lama saya yang bersebelahan dengan ruang tamu dan ruang makan. 


GAMBAR AWAL PENGUBAHSUAIAN RUMAH ( 2HB DAN 3HB OGOS 2022)

Memasang ceracak besi untuk tiang rumah.

Ruang anjung kereta.

Inilah kawasan belakang rumah saya, jadi senang pekerja binaan letak barangan mereka di sini. 

Buat lubang untuk ceracak tiang. 

Inilah ruang belakang rumah saya yang akan dijadikan ruang dapur, ruang bilik air dan ruang laundry. 

Masa nie pekerja binaan memang cepat betul buat kerja, dalam masa sehari saja mereka dapat siapkan untuk pecah simen di ruang anjung kereta dan belakang rumah. 

Untuk pengalihan paip air. 

Kenapa ada paip PVC tue? Masa tue paip sinki saya memang tersumbat dan saya mintak tolong adik untuk buatkan paip bypass yang disambungkan ke longkang. Kalau tak, memang banjir rumah dek tersumbat. 

Ruang anjung kereta yang dipecahkan. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. wah..major renovation ni.. dah siap ker? semoga semuanya berjalan dgn lancar .. aamiin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, ada rezeki untuk menambah keselesaan keluarga. Moga semuanya berjalan dgn lancar :)

    ReplyDelete
  3. saya pula yang tak sabar nak tengok rumah yang dah siap pengubahsuaian...

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tengok hasilnya. Mesti cantik kan. Teringat la pulak masa ubahsuai dapur n rumah memang penuh cabaran bila dalam Ubai suai kita duduk dalam rumah tu.

    ReplyDelete
  5. Besar juga ruang belakang rumah Shikin.. Tak sabar nak tengok hasilnya..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  7. Memang selalu akan diperbesarkan ruang sampai ruang cucuk tanam tiada.
    Akakpun rumah dahulu begitu juga. Ada tanaman dalam pasu.
    Wah ada bahagian ke-2. Bila hendak sambung?

    ReplyDelete
  8. Wah tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Semoga segala urusan Kak Shikin dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segala urusan buat akak sekeluarga... Byak juga nak ubah kan ... Tak sabar nak tgok hasilnya nanti

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧