Assalamualaikum wbt..
Sedikit info untuk tatapan kita semua...
Assalamualaikum wbt..
Okey, hari nie kita baca sejarah lama...
Top Commentator bulan Oktober 2023 dan bulan November 2023... TAHNIAH..!!!
Monday, November 20, 2023
Assalamualaikum wbt...
Maafkan saya kerana terlambat untuk umum nama pemenang Top Commentator pada bulan Oktober dan juga November..
Seperti mana janji saya pada entri lepas ...
Saya akan umumkan terlebih dulu carta bulanan bulan Oktober 2023..
Okey, nampaknya carta bulanan tak banyak bergerak daripada bulan lepas.. Ucapan 'Selamat Kembali Dalam Carta' diucapkan kepada Cuya dan Cik Ash. Wah, nampaknya kita ada pemenang yang baru dalam carta.. Siapakah orangnya..?
TAHNIAH diucapkan kepada pemenang carta bulan ini.. Memandangkan pemenang ini berasal daripada Indonesia, jadi hadiah awak akan saya gantikan dengan segmen 'Review blog'...
Okey, selesai untuk bulan Oktober.. Jom kita ke bulan November...
Siapakah yang bertuah untuk bulan November.. Jom kita tengok carta bulanan..
Wow... Nampaknya ada pergerakan dalam carta bulanan ini.. Oleh itu, saya nak ucapkan 'Selamat Kembali Ke Dalam Carta' kepada Mamapp, Camdandusler, Warisan Petani dan Azian Khalil..
Memandangkan ke semua nama-nama dalam carta ini pernah menjadi pemenang bulanan, jadi macam biasa saya akan buat undian.. Jom kita tengok video ini...
Tahniah diucapkan kepada pemenang carta yang bertuah.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah (takut bertukar alamat)... Untuk pemenang bulan September, hadiah awak akan saya hantar bersekali dengan pemenang bulan ini...
Seperti kebiasaan, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini (dan kesemua nama Top Commentator bulan Oktober 2023) akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 30 November 2023... Awak pun boleh juga singgah ke blog mereka, kenali mereka dan follow mereka kerana mereka semuanya blogger yang hebat belaka.. Memang tak rugi kenal dengan mereka.. Jom kita singgah...
Tahniah pada yang bertuah.. Pada yang lain, jangan berputus asa, teruskan komen, mana tau bulan depan nama awak pula yang naik dalam carta bulanan...
Assalamualaikum wbt..
Jom kita baca cerita lalu...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Yang hidup pasti akan menemui Yang Maha Esa.. Baru hari nie saya mendapat kekuatan untuk bercerita pada awak semua...
Yea.. Tajuk cerita hari nie adalah tentang berita yang menyedihkan.. Minggu lepas, pada jam 12.50 pagi hari Jumaat, saya mendapat berita bahawa ketua unit saya iaitu Cik Amie telah pergi mengadap Ilahi..
Memang satu kejutan yang besar kepada seluruh jabatan dan juga diri ini.. Sebab utama saya berasa sedih adalah kerana terasa ralat sangat tak dapat berjumpa dengan arwah sejak sebulan yang lalu...
Arwah telah dimasukkan sejak sebulan yang lalu kerana jangkitan kuman pada luka pada peha kakinya.. Sebenarnya arwah menghidap penyakit buah pinggang tahap 4 dan juga pesakit diabetes... Jadi arwah dimasukkan ke hospital untuk membuat pembedahan pada luka peha akibat jangkitan kuman.. Selepas tue, arwah keluar wad dan kemudian dimasukkan kembali ke hospital kerana masih ada jangkitan kuman pada dalam darah..
Walaupun berkali-kali saya ingin melawatnya tapi arwah tak membenarkan, mungkin kerana tidak selesa untuk menerima tetamu.. Saya menghormati keputusan arwah, tapi dalam masa yang sama, saya sentiasa menghantar whatsapp dan selalu call arwah untuk mengetahui perkembangan dirinya.. Kemudian pada 8hb lepas (hari Rabu), kali terakhir arwah menghantar voicenote pada saya menyatakan yang dia akan menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang saki baki daging yang membusuk pada peha kakinya.. Saya pun membalas dengan iringan doa.. Saya juga bagitahu arwah yang saya akan melawatnya pada hari Jumaat dengan bersama-sama dengan rakan sekerja yang lain.. Tapi arwah tidak membalasnya, mungkin tengah standby untuk pembedahan..
Pada hari esoknya, jam 10 malam, saya mendapat whatsapp daripada adik arwah, yang meminta kesejahteraan doa daripada rakan-rakan, yang arwah ditidurkan.. Kata adik arwah lagi, pada pagi Khamis tue, sudah 2 kali jantungnya terhenti dan pada pukul 10 malam, doktor membuat keputusan untuk tidurkan arwah..
Dalam hati yang penuh berdebar-debar dan kegelisahan, saya forward kan mesej adik arwah ke dalam group rakan sekerja.. Kegelisahan saya akhirnya bertitik noktah.. Pada jam 12.52 pagi, adik arwah menghantar mesej menyatakan arwah telah meninggal dunia..
Dalam terketar-ketar dan tangisan, saya bersama suami pergi ke HTAR Klang untuk melawat jenazah tapi saya tak dapat tengok jenazah kerana jenazah sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk.. Walaupun tak dapat melihat wajah arwah untuk kali terakhir, Allah makbulkan doa saya untuk melihat wajah arwah melalui adiknya yang menyimpan gambar arwah.. Saya rasa gembira sedikit dapat melihat wajah arwah yang sepertinya sedang tidur dan mengukir senyuman... Saya sempat bertanya pada adik arwah tentang lokasi pengebumian jenazah
Dalam kepayahan, saya terus menghantar mesej whatsapp kepada semua rakan sekerja.. Pada pagi Jumaat, di tempat kerja kami sempat membuat majlis tahlil ringkas kepada arwah dan pada jam 10.30 pagi, kami beramai-ramai dengan menaiki kenderaan jabatan mula bergerak ke lokasi pengebumian arwah iaitu di Masjid Kampung Jenjarom, Banting..
Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kampung Jenjarom pada jam 11.30 pagi..
Hari Selasa lepas (14hb), dengan penuh kepayahan saya mula mengemas barang-barang kepunyaan arwah di meja kerjanya.. Airmata mengalir deras sebab terasa macam antara percaya atau tidak yang arwah telah tiada.. Tapi saya cepat-cepat sedarkan diri dan memujuk hati.. Walaupu saya sempat menjadi anak buah di bawah arwah, banyak perkara yang saya dapat belajar daripada arwah..
Masih terngiang-ngiang di kotak akal nie, arwah selalu bergurau yang saya tak boleh berpindah ke jabatan lain, lantaran dia masih baru di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia... Andai kata saya berpindah juga, dia akan pastikan setiap hari dia akan call saya untuk bertanya tentang perkara yang tak difahami..
Bila saya lalu di kawasan rumah barunya di Kota Warisan, airmata mengalir lagi.. Sebab teringat yang arwah pernah mengajak saya untuk ke rumahnya, memilih warna langsir, memilih perabot untuk rumah barunya tapi kehendak Allah SWT, arwah tak sempat untuk duduk di rumah baru..
Puan, terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan, terima kasih kerana selalu menegur saya demi kerjaya, terima kasih kerana selalu membebel saya dek kerana sikap saya yang selalu melambat-lambatkan masa makan, terima kasih kerana menumpangkan saya di rumah puan semasa rumah saya buat renovation, terima kasih kerana selalu belanja saya makan tengah hari, terima kasih kerana selalu memberi idea kepada kerjaya saya..
Terima kasih segala-galanya...
Semoga Allah membalas semua jasa-jasa puan pada saya.. Damailah puan di sana.. Insha Allah, saya pasti akan menuruti jejak puan..
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُ عَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah...
Assalamualaikum wbt...
Okey, semalam dah baca sejarah jadi hari nie pun kita baca sejarah lagi...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Jom kita baca sejarah lama...
Assalamualaikum wbt..
Jom kita baca artikel sejarah lama...
Assalamualaikum wbt...
Tahun 2023 semakin melabuhkan tirai, rasa macam baru jea kita menyambut hari tahun baru tapi masa semakin lama semakin cepat berlalu..
Sebelum tue saya nak mohon maaf sangat pada awak kerana saya betul-betul terlupa nak announce nama-nama yang bertuah Top Commentator pada bulan Oktober lepas.. Namanya sudah ada tapi terlupa nak buat entri...hihihi
Tapi nanti saya akan combine kan senarai nama Top Commentator Bulan November nie nanti... Untuk pemenang bulan September, saya harap awak bersabar yea untuk hadiah tue, nanti saya hantarkan bersekali dengan pemenang bulan Oktober dan November...
Biasalah nak dekat akhir tahun nie, banyak kerja yang perlu diselesaikan.. Nama jea kerja kat library, tapi sebenarnya ada banyak kerja lain yang perlu buat, pastu nak kejar KPI untuk kursus tahunan...
Harap di bulan November nie semuanya berjalan dengan lancar...
Oh ya! Jangan di lupa untuk membaca doa Qunut Nazilah untuk saudara Islam kita di Palestin.. Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT dan orang-orang Palestin mendapat kemenangan dalam mempertahankan tanah suci Islam serta tempat kiblat pertama kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons