Terima berita sedih

Thursday, November 16, 2023


Assalamualaikum wbt..
Yang hidup pasti akan menemui Yang Maha Esa.. Baru hari nie saya mendapat kekuatan untuk bercerita pada awak semua...

Yea.. Tajuk cerita hari nie adalah tentang berita yang menyedihkan.. Minggu lepas, pada jam 12.50 pagi hari Jumaat, saya mendapat berita bahawa ketua unit saya iaitu Cik Amie telah pergi mengadap Ilahi.. 

Memang satu kejutan yang besar kepada seluruh jabatan dan juga diri ini.. Sebab utama saya berasa sedih adalah kerana terasa ralat sangat tak dapat berjumpa dengan arwah sejak sebulan yang lalu...

Arwah telah dimasukkan sejak sebulan yang lalu kerana jangkitan kuman pada luka pada peha kakinya.. Sebenarnya arwah menghidap penyakit buah pinggang tahap 4 dan juga pesakit diabetes... Jadi arwah dimasukkan ke hospital untuk membuat pembedahan pada luka peha akibat jangkitan kuman.. Selepas tue, arwah keluar wad dan kemudian dimasukkan kembali ke hospital kerana masih ada jangkitan kuman pada dalam darah.. 

Walaupun berkali-kali saya ingin melawatnya tapi arwah tak membenarkan, mungkin kerana tidak selesa untuk menerima tetamu.. Saya menghormati keputusan arwah, tapi dalam masa yang sama, saya sentiasa menghantar whatsapp dan selalu call arwah untuk mengetahui perkembangan dirinya.. Kemudian pada 8hb lepas (hari Rabu), kali terakhir arwah menghantar voicenote pada saya menyatakan yang dia akan menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang saki baki daging yang membusuk pada peha kakinya.. Saya pun membalas dengan iringan doa.. Saya juga bagitahu arwah yang saya akan melawatnya pada hari Jumaat dengan bersama-sama dengan rakan sekerja yang lain.. Tapi arwah tidak membalasnya, mungkin tengah standby untuk pembedahan..

Pada hari esoknya, jam 10 malam, saya mendapat whatsapp daripada adik arwah, yang meminta kesejahteraan doa daripada rakan-rakan, yang arwah ditidurkan.. Kata adik arwah lagi, pada pagi Khamis tue, sudah 2 kali jantungnya terhenti dan pada pukul 10 malam, doktor membuat keputusan untuk tidurkan arwah.. 

Dalam hati yang penuh berdebar-debar dan kegelisahan, saya forward kan mesej adik arwah ke dalam group rakan sekerja.. Kegelisahan saya akhirnya bertitik noktah.. Pada jam 12.52 pagi, adik arwah menghantar mesej menyatakan arwah telah meninggal dunia.. 

Dalam terketar-ketar dan tangisan, saya bersama suami pergi ke HTAR Klang untuk melawat jenazah tapi saya tak dapat tengok jenazah kerana jenazah sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk.. Walaupun tak dapat melihat wajah arwah untuk kali terakhir, Allah makbulkan doa saya untuk melihat wajah arwah melalui adiknya yang menyimpan gambar arwah.. Saya rasa gembira sedikit dapat melihat wajah arwah yang sepertinya sedang tidur dan mengukir senyuman... Saya sempat bertanya pada adik arwah tentang lokasi pengebumian jenazah 

Dalam kepayahan, saya terus menghantar mesej whatsapp kepada semua rakan sekerja.. Pada pagi Jumaat, di tempat kerja kami sempat membuat majlis tahlil ringkas kepada arwah dan pada jam 10.30 pagi, kami beramai-ramai dengan menaiki kenderaan jabatan mula bergerak ke lokasi pengebumian arwah iaitu di Masjid Kampung Jenjarom, Banting.. 

Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kampung Jenjarom pada jam 11.30 pagi.. 

Hari Selasa lepas (14hb), dengan penuh kepayahan saya mula mengemas barang-barang kepunyaan arwah di meja kerjanya.. Airmata mengalir deras sebab terasa macam antara percaya atau tidak yang arwah telah tiada.. Tapi saya cepat-cepat sedarkan diri dan memujuk hati.. Walaupu saya sempat menjadi anak buah di bawah arwah, banyak perkara yang saya dapat belajar daripada arwah.. 

Masih terngiang-ngiang di kotak akal nie, arwah selalu bergurau yang saya tak boleh berpindah ke jabatan lain, lantaran dia masih baru di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia... Andai kata saya berpindah juga, dia akan pastikan setiap hari dia akan call saya untuk bertanya tentang perkara yang tak difahami.. 

Bila saya lalu di kawasan rumah barunya di Kota Warisan, airmata mengalir lagi.. Sebab teringat yang arwah pernah mengajak saya untuk ke rumahnya, memilih warna langsir, memilih perabot untuk rumah barunya tapi kehendak Allah SWT, arwah tak sempat untuk duduk di rumah baru.. 

Puan, terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan, terima kasih kerana selalu menegur saya demi kerjaya, terima kasih kerana selalu membebel saya dek kerana sikap saya yang selalu melambat-lambatkan masa makan, terima kasih kerana menumpangkan saya di rumah puan semasa rumah saya buat renovation, terima kasih kerana selalu belanja saya makan tengah hari, terima kasih kerana selalu memberi idea kepada kerjaya saya.. 

Terima kasih segala-galanya...

Semoga Allah membalas semua jasa-jasa puan pada saya.. Damailah puan di sana.. Insha Allah, saya pasti akan menuruti jejak puan.. 


‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُ عَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

9 comments

  1. Innalillahiwainnailahirajiun. Moga Allah tempatkan arwah bersama orang-orang soleh.
    Rupanya arwah ini yang tumpangkan Shikin tempat tinggal sementara.

    ReplyDelete
  2. Allahukbar saya juga turut rasa sebak membacanya...al fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman
    Aamiin

    ReplyDelete
  4. takziah.. al fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. aamiin

    ReplyDelete
  5. takziah... semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Taala

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirajiuun...

    ReplyDelete
  7. Salam takziah buat keluarga arwah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman.. amin

    ReplyDelete
  8. Innalilahi wainnailaihi rojiun . Saya tak kenal arwah, tapi terasa sediiih sangat baca kronologis dari mulai arwah masuk hospital, pembedahan, sampai akhirnya diputuskan untuk ditidurkan 😭. Semoga beliau diampuni segala kesalahan, dilapangkan kuburnya, dan diberi kekuatan untuk keluarga yg ditinggalkan

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧