Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, kita berada di bulan terakhir untuk tahun 2023.. Banyak perkara yang telah berlaku dalam kehidupan kita, di mana ada kehidupan, di situ jugalah ada kematian.. Di mana kita berjumpa, di situ jugalah kita berpisah.. Lumrah alam kehidupan...
Semoga kita semua akan terus kuat untuk teruskan kehidupan ini, walaupun kita akan berpijak pada duri yang agak tajam, tapi harungilah dengan penuh ketabahan kerana itulah yang akan menguatkan kita untuk balik semula ke rumah kita yang asal...
Pada kita yang sedang bergembira, ucapkanlah Alhamdulillah.. Pada kita yang sedang berduka, ucapkanlah Alhamdulillah.. Kerana apa yang berlaku pada diri kita adalah semuanya perancangan daripada Allah SWT...
Jangan dilupa pula pada saudara kita di Palestin.. Selalulah sedekahkan Al-Fatihah dan baca doa Qunut Nazilah untuk mereka di sana.. Yakinlah pada Allah dan Insha Allah doa kita akan diangkat dan didengar oleh Allah...
Pada rakan-rakan yang sedang menghadapi ujian banjir, didoakan agar awak semua berada dalam keadaan selamat dan sentiasalah ikut nasihat daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.. Semoga awak semua tabah dalam menghadapi ujian ini..
Pada rakan yang menyambut hari lahir bulan ini, diucapkan Selamat hari lahir buat awak.. Semoga awak dikurniakan kesihatan yang baik, semoga segala doa awak Insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah SWT, semoga awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT..
Terima masin atas nasihat yang diberikan.
ReplyDeleteaamiin..moga yg baik2 juga buat shikin...
ReplyDeleteTerima kasih shikin.. hadiah utk 2024 sy dh terima.. thank you so much
ReplyDeleteAamin2x...semoga yang baik2 je utk kita semua...semoga saudara kita di Palestin diberi kemenangan..aamin
ReplyDeleteIni kunjungan pertama saya ke blok Mbak Shikin, karena tadi saya baru kunjungi blognya Kakmim...
ReplyDeleteMari bersiap menyambut tahun yang baru. Semoga di tahun depan segalanya lebih baik lagi.
Salam kenal dan salam persahabatan dari saya di Sukabumi. west java, INA
Semoga saudara kita di Palestin di pelihara oleh Allah selalu.
ReplyDelete