Majlis persaraan mantan Ketua Pengarah JBPM dan Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah JBPM yang baharu

Wednesday, January 17, 2024


Assalamualaikum wbt...
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.. Itulah ungkapan yang sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan kita... Begitu juga di alam pekerjaan, pasti suatu hari nanti kita bakal bersara...

Pada 31hb Disember 2023 yang lepas, satu majlis penghargaan sempena persaraan mantan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia  iaitu YAS Dato' Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin serta isteri YBhg. Datin Sri Nor Latifah binti Jaafar telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM.. YAS Dato' Sri telah menerima Hormat Panglima di perkarangan Ibu Pejabat dan beliau juga telah melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormat untuk kali terakhir. 


*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Pelbagai acara telah diadakan pada majlis itu antaranya deklamasi sajak yang ditujukan khas kepada YAS Dato' Sri. Di kemuncak majlis, YAS Dato' Sri dan YBhg. Datin Sri menaiki kenderaan istiadat dan kenderaan ini telah ditarik oleh pegawai-pegawai kanan JBPM. Turut mengiringi kenderaan ini adalah semua pegawai Pengurusan Tertinggi sambil mengalunkan selawat sebagai tanda perpisahan. 

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti.. Tapi masa nie kami semua tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang dilantik untuk menjadi Ketua Pengarah yang baharu..


Akhirnya pada 9hb  Januari yang lepas, terbitlah satu nama yang tak asing lagi untuk kami semua.. Sebenarnya nama beliau memang menjadi ramalan semua staf JBPM sebagai pengganti legasi seterusnya.. 

Pada 10hb Januari, satu Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah JBPM yang baharu telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM..  Di awal ketibaan, YAS Dato' Ts. telah menaiki kenderaan istiadat menuju ke perkarangan Ibu Pejabat dan menerima Hormat Panglima daripada Perbarisan Kawalan Kehormatan yang dianggotai oleh 2 orang pegawai dan 99 orang anggota lain-lain pangkat dan diketuai oleh PgKB II Mohd Elyas bin Hussain sebelum melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan.


Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JBPM, Pengarah-pengarah Bahagian JBPM, Pengarah-pengarah JBPM Negeri serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan warga Ibu Pejabat. 

Jadi, sepanjang saya berkhidmat di bawah naungan JBPM, ini adalah Ketua Pengarah yang kelima yang pernah saya bekerja.. Hihi kiranya rekod baru lah untuk diri nie.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


2 comments

  1. Selamat bersara tuan..
    Segak betul semuanya beruniform..

    ReplyDelete
  2. Memang gilang-gemilang majlis yang dianjurkan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧