Dah bersawang..

Monday, June 10, 2024


Assalamualaikum wbt...
Huiihh, lama betul rasanya saya tak update jurnal nie.. Kalau tak salah saya pun ada berhutang entri Top Commentator sejak bulan April kan... 

Huhuhu sori tau awak.. Nanti saya akan umum nama pemenang carta bulanan Top Commentator... 

Bukan saya lupa tapi kesibukan kerja ditambah dengan tugasan yang saya menanggung kerja-kerja pegawai yang dikosongkan, jadi membuatkan saya tak cukup masa untuk bercerita dengan awak...

Tapi, kita imbas sekali lalu la yea sejarah bulanan, hihihi...

BULAN APRIL
Minggu-minggu terakhir bulan Ramadan, saya perlu menghadiri mesyuarat dan kursus.. Kalau ikut pada perancangan asal, selepas hari raya, saya perlu mengendalikan program library yang diberi nama 'Program Jom Baca Selama 10 Minit'.. Tapi setelah berbincang dengan pegawai atasan, saya menangguh program nie ke bulan Mei, memandangkan bulan April adalah bulan raya... Tapi bukan bermakna saya tak buat apa-apa.. Selepas raya pun saya perlu menghadiri program anjuran PNM dan juga kursus online...

BULAN MEI
Minggu pertama bulan Mei adalah minggu yang penuh dengan panggilan mesyuarat, masa tue tetiba semuanya jadi kelam kabut sebab saya baru perasan, salah satu peraduan di dalam rangkuman Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit perlu dijalankan pada minggu pertama.. Yang jadi kelam kabutnya adalah saya terlupa tarikh bermulanya peraduan, dengan poster belum siap, dengan prop pun belum sediakan.. 

Rasa dah macam Speedy Gonzales rasanya buat kerja.. Alhamdulillah, akhirnya pada 13hb Mei, satu peraduan berjaya saya laksanakan iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku.. 

Oh, lupa nak cakap.. Tadi kan saya cerita yang bulan April lepas saya menangguhkan satu program anjuran library.. Program nie saya namakan Program Keluarga Bomba@Membaca.. Dalam program nie saya laksanakan tiga sub-program, iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku, Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit dan terakhir Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Bersama Kakitangan Dan Anak Kakitangan. 

Untuk program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang saya buat pada 17hb Mei yang lepas, saya sediakan pelbagai permainan untuk para peserta antaranya Permainan Kahoot, Bingo Games dan Cabutan Bertuah..Suasana masa tue memang meriah dan santai-santai jea.. Seperti kebiasaan program, kita pasti akan memberi sedikit cenderamata kepada peserta yang datang, jadi tahun nie saya buat kelainan sikit tentang cenderamata, ianya handmade 100 peratus daripada saya dan inisiatif saya sendiri.. Selain daripada notepad, saya berikan juga mereka 1 keping magnetic bookmark dan 6 keping e-buku dalam bentuk e-kad.. Saja nak bagi peserta gembira dengan program  yang saya buat tue..

Inilah goodies untuk peserta program

Nak tengok susana program pada masa tue..? Jom tengok video nie...



Dah selesai Program Jom Baca, saya teruskan pula dengan program yang ketiga iaitu Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.. Lawatan nie saya memang buat pada setiap tahun untuk kakitangan JBPM, tujuannya adalah memberi peluang kepada kakitangan takde masa untuk pergi ke pesta buku lantaran kesibukan kerja.. Jadi dengan program yang saya buat nie, dapatlah mereka beli buku kegemaran mereka.. Secara kebetulan tarikh pesta buku tue jatuh pada minggu cuti sekolah.. Alang-alang saya buat program nie, saya offer juga pada anak-anak kakitangan... Memang nampak lah keseronokan anak-anak dapat beli buku kegemaran mereka.. Tapi kan ada satu cerita cemas yang berlaku.. Kisahnya bermula pada hari Jumaat 24hb Mei.. Pada asalnya saya memang dah tempah bas daripada JBPM WP Kuala Lumpur seminggu sebelum program.. Kemudian pada petang Jumaat tue dalam pukul 5.45 petang, tetiba saya mendapat mesej whatsapp daripada pegawai person-in-charge mengatakan bas mengalami kerosakan dan tak boleh digunakan.. Masa tue, saya dah mula gelabah sebab duk fikir di mana saya perlu mencari bas gantian.. Nasib baik pegawai berkenaan memberi cadangan untuk saya buat tempahan bas daripada JBPM Negeri Sembilan... Dalam hati tue duk berdoa, agar bas daripada Negeri Sembilan boleh digunakan.. Petang tue juga saya berjumpa dengan Pengarah Bahagian Pengurusan untuk bertanyakan kepada Pengarah Bomba Negeri Sembilan perihal bas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya mendapatkan bas berkenaan.. Masa tue hanya Allah jea tau betapa leganya hati nie... Terus lah petang tue juga saya siapkan surat permohonan penggunaan bas kepada JBPM Negeri Sembilan (cuma tukar nama, alamat dan tarikh surat).. Jadi pada 27hb Mei lepas, selesailah sub-program saya yang ketiga iaitu lawatan ke Pesta Buku..

Mula-mula saya fikir saya taknak membeli buku, cuma nak jadi urusetia program jea.. Tapi godaan diskaun kat sana terlalu kuat, hihihi.. Jadinya terbeli la juga novel, bacanya nanti bila ada masa terluang... 



Nak tengok suasana program lawatan...? Jom tengok video nie...


Okey, inilah cerita kesibukan kerja saya sepanjang bulan April dan bulan Mei.. Harap-harap bulan Jun nie lebih mesra dengan saya.. hihihi


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

5 comments

  1. Kreatif hadiahnys.
    Takpelah Shikin sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan Shikin dan sentiasa dalam rahmat Allah, Aameen :)

    ReplyDelete
  3. Bagus2 program yg kakak buat 👍👍. Saya suka yg 10 menit membaca dan pergi ke pesta buku. Semangaaat sangat kalo ada kesempatan begitu 😍😍

    Syukurlah masalah bus bisa teratasi Krn dapat pengganti ya kak 👍

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧