Kerja yang melambak

Monday, July 29, 2024


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak program kerja yang saya buat untuk bulan nie.. Masih ada berbaki 3 bulan lagi untuk saya siapkan program yang telah dirancang..

Program yang saya buat nie adalah Program Tambah Nilai-Kursus Decoupage Dan Soft Toys untuk semua kakitangan JBPM.. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program nie dan ditunjuk ajar oleh 2 orang kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor..

Sebenarnya 2 orang tenaga pengajar nie adalah orang yang sama mengajar kursus tahun lepas, iaitu Kursus Gubahan Bunga.. 

Program Tambah Nilai pada tahun nie adalah satu projek kesinambungan daripada idea arwah rakan saya yang juga merupakan pegawai saya.. Jadi saya cuma menjalankan saja kursus tersebut walaupun pada mulanya tak yakin nak buat... 

Awak tau tak apa tue maksud seni decoupage? Decoupage atau dalam bahasa Perancis découper membawa maksud pemotongan yang merupakan salah satu cabang seni di mana berlakunya bahan-bahan tertentu dan ditampal pada objek dan akan dicat dengan cat untuk menghasilkan efek yang cantik. Setelah itu, proses terakhir adalah sapuan varnish pada objek agar ianya menjadi kalis air.. Antara bahan untuk membuat seni decoupage adalah beg anyaman, glue decoupage, glaze decoupage, varnish decoupage, tisu bercorak untuk decoupage, span dan berus. 

Contoh kertas tisu untuk decoupage yang dijual di platform online 

Jadi pada 25hb Julai yang lepas, saya dapat mengadakan satu kursus untuk warga kakitangan.. Alhamdulillah, semuanya seronok dapat ilmu yang baru serta belajar benda yang baru.. Malah ada di antara peserta bakal berpencen dan katanya seni nie dapat menjana pendapatan takala dah duduk di rumah.. Jom kita tengok video nie.. 


Inilah contoh beg anyaman yang telah siap decoupage.. Saya nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang tolong siapkan untuk saya takala saya sibuk menjadi urusetia.. Kalau ikutkan, saya memang tak dapat turut serta dalam pembelajaran nie kerana bahan praktikal yang diberikan cukup-cukup untuk para peserta tapi ada yang baik hati sanggup untuk buatkan untuk saya.. hihi Alhamdulillah.. Jadi inilah salah satu hasil kerja daripada rakan saya.. Nampak kan, teknik tampalan nie tak nampak seperti tampalan daripada kertas tisu, sebaliknya ianya nampak seperti dilukis pada beg anyaman.. 


Okey, next task adalah Program Kemerdekaan yang akan dijalankan pada bulan Ogos dan Program Cuti Sekolah yang akan diadakan pada bulan September nanti.. Fighto..Fighto.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

6 comments

  1. Wow cantiklah. Baru tahu Seni decoupage.
    Pendedahan yang bagus untuk peserta.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Dapat tambah ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  3. selama ni nampak tapi tak tahu tu seni decoupage. Cantik lah kejadiannya, bertambah ilmu dan pengalaman baru untuk kak shikin dan peserta lain. All the best untuk program kemerdekaan :)

    ReplyDelete
  4. macam rabia bulan 5baru ni ada program temu murni dgn parent mcm2 kena siapkan kerja

    ReplyDelete
  5. Kemarin itu saya dibagi tas make up anyaman yg ada decoupage juga bagian depan, dari mummy Ayu. Cantiiiik sangat. Sukaaaa. Selalu saya bawa JD tas make up. Teringin juga nak belajar buat, di sinipun ada kursus nya. Tp tuh lah kak. Niat saja, tak jadi2 nak belajar 🤣

    ReplyDelete
  6. wah menariknya! kreatif. lama tak singgah blog akak.. Kekja bawa something ni if kak shikin sudi join hehe https://www.faezahmdnor.com/2024/08/awden-giveaway-by-faezah-mdnor.html

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧