Assalamualaikum wbt...
Agaknya masih belum terlambat kot untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam..
Semoga di tahun baru nie kita akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya... Sebelum tue, mintak maaf banyak-banyak kerana saya masih belum kotakan janji untuk umumkan nama-nama yang bertuah dalam Top Commentator Jurnal Shikin Razali..
Rasanya saya berhutang sejak bulan April lagi, betul tak..? Draf entri dah siap, cuma nama pemenang bulanan saja saya belum pilih lagi..
Bukanlah saya lupa tapi dek kekurangan masa, saya tak sempat nak bercerita dengan awak semua...
Apapun, Insha Allah dalam minggu nie saya cuba selesaikannya.. Dah alang-alang bercerita, saya nak bercerita sikit dengan awak semua..
Pernah dengar kan perkataan kursus pengukuhan berpasukan atau dalam bahasa omputihnya team building..? Jom dengar saya bercerita...
Saban tahun, jabatan saya akan membuat satu aktiviti iaitu kursus pengukuhan berpasukan.. Kalau tahun lepas, kami buat di Janda Baik, Pahang.. Tahun nie pula, masih lagi di dalam kawasan negeri Pahang, cumanya lokasi yang berbeza, iaitu di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang...
Kalau dulu masa kursus BTN atau nama panjangnya Biro Tata Negara yang mewajibkan semua penjawat awam menghadiri dengan jayanya.. Silibus BTN masa tue dibuat ala-ala tentera, cumanya takdelah angkat kayu balak bagai... Dulu, masa silibus untuk kursus pengukuhan berpasukan juga dibuat seperti ala-ala tentera tapi memandangkan kat jabatan saya nie kebanyakannya staf pun orang-orang lama, jadi silibusnya dah menjadi ringan sikit.. Malah masa kursus nie berlangsung ianya langsung takde pembelajaran di dalam kelas, semuanya outdoor...
28hb Jun 2024 (Jumaat)
Jam 8.45 pagi kami bergerak ke Kuala Tahan, Pahang dengan menaiki dua buah bas.. Seramai 53 orang peserta kursus dari pelbagai gred dan jawatan gunasama dan anggota bomba Bahagian Pengurusan telah hadir dengan jayanya.. Kami sampai di Bandar Jerantut untuk berhenti solat Jumaat (bagi lelaki) dan makan tengah hari di situ.. Hihi sama seperti peminat ikan patin tempoyak, hidangan ini adalah wajib untuk kami menikmati makanan ini.. Sementara peserta lelaki menunaikan solat Jumaat di masjid, rombongan peserta perempuan mula bergerak ke lokasi penginapan dan kami sampai di lokasi berkenaan pada jam 2.45 petang..
Bila bas peserta lelaki dah sampai ke lokasi penginapan, kami pun terus berkumpul di dalam dewan serbaguna pada jam 4 petang. Untuk sesi pertama adalah sesi ice breaking dan pembahagian kumpulan.. Walaupun diberi nama ice breaking tapi sebab semuanya dah kenal walaupun berlainan cawangan, jadi takdelah rasa kekok. Sebaliknya sesi nie menjadi satu sesi memulihkan semangat dalam diri.. Yealah, duduk dalam opis nie kadang-kadang nak senyum pun susah dek banyak bebanan kerja.. Jadi di dalam sesi inilah kami bergelak ketawa, masa nie lah kita tau karakter sebenar seseorang... Sebab kat opis kita nampak dia nie macam serius semacam tapi di sebaliknya dia mempunyai sifat-sifat yang kelakar dan mencuit hati rakan-rakan yang lain..
Kami dibahagikan beberapa kumpulan.. Kumpulan saya diberi nama Sang Kancil Comey dengan 9 orang ahli..
Setelah sesi ice breaking, kami mula makan malam dan merehatkan diri kerana sesi malam bermula pada pukul 8.30 malam.. Nama sesi kedua nie adalah sesi Ninja Battle.. hihi nak tau apa tue sesi Ninja Battle..? Awak boleh saksikan vlog saya di dalam youtube channel... Dekat sesi nie awak akan tonton beberapa babak nakal dan usikan daripada rakan-rakan sekerja, orang kata kepala gila-gila dan masuk air, hihihi... Dah habis sesi Ninja Battle, kami pun makan untuk selingan malam dan berehat...
29 Jun 2024 (Sabtu)
Okey, macam saya cerita tadi, silibus team building kali nie takdelah aksi-aksi mencabar fizikal sangat... Sesi ketiga kami bermula dengan permainan Frisbee Battle.. Frisbee nie adalah permainan lempar piring tapi untuk sesi nie agak berlainan sikit dari permainan kebiasaan.. Kami dikehendaki melempar piring frisbee nie dalam pintu gol pihak lawan, dalam erti kata lain konsep yang sama kita bermain futsal, cuma berbeza pada alat permainan.. Hihi walau tak mencabar fizikal tapi penat berlari di sana sini, dahlah kita nie bukan jenis yang kuat bersukan.. hahahahahaha... Dekat sinilah kami saling berebut piring frisbee sebab nakkan masuk dalam gol.. masa nie sesiapa jea yang boleh jadi golkeeper dan ada yang tergolek-golek, ada yang sampai masuk dalam jaring gol sebab taknak pihak lawan masukkan piring frisbee tue.. hihihi kelakar tapi seronok, macam jadi budak-budak semula..
Kemudian kami berhenti rehat untuk melepaskan lelah setelah bermain di sesi Frisbee Battle.. Dah cukup rehat, kami teruskan sesi keempat iaitu Sesi Tactical Combat Battle.. Konsep sesi nie adalah lebih kurang sama dengan konsep paintball cumanya peluru saja yang jenis melekat kat cermin tue.. Jadi takdelah sakit-sakit badan bila kena peluru dari pihak lawan.. Tapi agak kelakar jugak sebab kami saling kejar mengejar untuk saling tembak menembak, sampaikan ada yang saling menembak dengan jarak yang dekat..
Tepat jam 12.50 tengah hari, kami pun berhenti rehat dan pada mulanya kami dimaklumkan oleh pihak trainer untuk berkumpul semula pada pukul 2.30 petang.. Tapi jadual berubah secara mendadak kerana pada hari kejadian, terdapat ramai pelancong dan pengunjung untuk pergi ke perkampungan orang asli. Jadi kami perlu ke jeti pada jam 2.00 petang.. Oh ya, lupa pula nak bagitau, sesi seterusnya dinamakan Sesi Rapid Shooting & Visit Aboriginal Settlement di mana kami dimaklumkan yang kami akan mengunjungi salah satu tempat perkampungan orang asli.. Untuk pergi ke arah jeti, kami perlu menaiki hilux kerana jaraknya agak jauh.. Dah sampai ke jeti, kami perlu menunggu giliran untuk menaiki bot yang hanya memuatkan 10 orang saja..
Saya mendapat giliran yang kedua, masa nie rasa tak yakin jea nak naik sebab bila jejak masuk dalam bot, terus terasa bot nak tenggelam, padahal ianya hanya imaginasi semata-mata.. Tapi bila dah duduk dalam bot, rasa seronok sangat sebab dapat melihat pemandangan yang indah ciptaan Allah SWT.. Perjalanan kami mengambil masa 15 minit untuk sampai di tepi sungai perkampungan tue.. Bila dah sampai, terus rasa blur sekejap sebab kami ternampak satu trek di lereng bukit untuk naik ke atas.. Ianya agak mencabar sikit untuk naik ke atas kerana trek tersebut hanya menyediakan satu tali saja untuk berpaut, manakala tapak tangga pula hanyalah tanah liat semata-mata..
Untuk orang yang kurang bersenam macam saya nie, memang mengah la sekejap bila dah sampai ke puncak tapi tetap rasa seronok.. Bila semua peserta dah sampai dan duduk di tempat yang disediakan, kami diberi taklimat oleh seorang ranger atau kakitangan Taman Negara tentang perkampungan orang asli.. Untuk pengetahuan awak, perkampungan orang asli yang saya pergi nie adalah merupakan salah satu suku orang Negrito yang berasal daripada Afrika.. Perkampungan nie yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 30 ke 40 orang saja dan dulu mereka nie suka berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat demi kelangsungan hidup dan sumber makanan.. Mereka nie menggunakan bahasa mereka yang tersendiri, jadi untuk berkomunikasi dengan mereka, kita kena ada seorang penterjemah sebab mereka tak tahu bercakap dan memahami dalam bahasa Melayu..
Bila dah melawat sekitar perkampungan, kami pun terus bergerak untuk balik ke resort penginapan.. Kebetulan masa kami nak balik tue, hujan renyai mulai turun membasahi bumi, masa nie kami semua agak berhati-hati untuk menuruni bukit, takut tergelincir.. Oh ya, ranger tue siap bagi amaran kami, pada sesiapa yang tak basah masa datang perkampungan nie, mereka akan pastikan kami semua basah kuyup... Hihihi apa lagi, memang basah kuyup dibuatnya oleh pemandu-pemandu bot.. Diorang sengaja mengolengkan bot ke kiri ke kanan agar kami kena percikan air... Walaupun basah kuyup tapi semuanya gembira kerana sekurang-kurangnya kami tak fikir pasal bebanan kerja.. Kami sampai di jeti pada jam 5.30 petang dan seterusnya balik ke resort penginapan..
Dah siap makan malam, kami teruskan pula dengan sesi seterusnya iaitu Sesi Video Clip Challenge, ala yang macam buat video dalam TikTok tue.. Walaupun agak susah untuk kami buat tapi kami cabar diri kami, tapi takdelah buat video klip terlompat-lompat dan terkinja-kinja.. Kami diberi beberapa tajuk lagu yang agak viral di masa kini.. Kumpulan kami mendapat undian lagu iaitu 'Seperti Mati Lampu' daripada kumpulan Ungu.. Kemudian kami perlu serahkan video klip nie kepada trainer untuk dinilai, sambil-sambil tue video nie akan dipertontonkan oleh semua kumpulan.. Bila semuanya dah selesai, barulah kami menikmati jamuan ringan dan terus berehat...
30 Jun 2024 (Ahad)
Selesai sarapan pagi, kami meneruskan sesi terakhir yang diberi nama Sesi Ultimate Twin Tower. Kami dikehendaki untuk menaikkan bendera dengan beberapa batang paip PVC dan kami perlu menaikkannya dengan menggunakan tali rafia.. Untuk sesi nie, ianya mengajar kita dalam memberi arahan dan menerima arahan dengan jelas, dalam masa yang sama kita boleh memberi pandangan dan pendapat kita sendiri.. Dalam masa yang sama, orang yang mendengar pendapat kita perlu menilainya dari semua segi, samada ianya boleh digunapakai ataupun tidak..
Sesi terakhir nie kami berjaya tamatkan pada jam 10.40 pagi dan kami diberi kebenaran untuk minum pagi dan kami perlu berkumpul semula di dalam dewan pada jam 11.00 pagi untuk majlis penutup.. Setelah itu, kami pun bersurai dan pulang ke Putrajaya pada jam 2.00 petang..
Oh ya..! Kumpulan saya telah memenangi dua jenis sesi iaitu untuk Sesi Ninja Battle, kami mendapat tempat ketiga dan Sesi Tactical Combat Battle kami berjaya mendapat tempat pertama..
Okey, inilah cerita saya untuk hari nie... Oh ya.. Lupa nak share video pada awak semua...
Insha Allah, nanti saya bercerita lagi yea...
salam maal hijrah kak shikin! Seronok juga ek kursus pengukuhan berpasukan tu ek, banyak betul aktiviti diorang buat.
ReplyDeleteSALAM MAAL HIJRAH JUGA...
ReplyDeletebetul2 bz sis shikin...hihihi...kita usha je kat status taw...
Salam Maal Hijrah Shikin.. Lama tak joint Team Building.. Bagus sebenarnya kursus macam ini.. Mengeratkan ukhwah sebab yang joint berbeza latar jawatan..
ReplyDeleteAisssh meriaaah sekali kak 😍😍😍😍. Paliiing suka acara team building seperti ini. Dulu saat msh kerja, kantor saya pun rutin mengadakan team building begini. Utk refresh dari kerjaan yg penuh pressure kan. Di saat itulah semua staff ntah yg dah level tinggi atau masih staff rendah, berbaur tanpa peduli posisi 😄😄. Seru memang..
ReplyDeleteMenarik juga acaranya, bahkan sampai ke tempat orang asli yaa.
Salam maal hijrah
ReplyDelete