Tahun baru, cerita baru...

Friday, January 31, 2025


Assalamualaikum wbt...
1 Syaaban 1446H mula melabuhkan tirai, dan tak lama bulan Ramadhan akan menjelang tiba..

Seiring dengan tahun baru, kita perlu membuka buku baru... Walaupun pedih tapi kita harus mengharunginya dengan tabah... Ada cerita di sebalik buku lama nie... 

Di awal tahun baru, saya kehilangan sesuatu yang amat berharga, yang amat disayangi dan milikinya... Kisah bermula bila saya dalam perjalanan untuk balik ke Putrajaya daripada Kuala Terengganu dengan menaiki bas ekspres.. Bila sampai stesen bas Putrajaya, saya telah kehilangan beg pakaian...

Apa yang menyedihkan, bukan saja saya kehilangan pakaian harian, malah juga kehilangan sebuah laptop, sebuah chromebook, tiga external hard disc dan barang-barang mainan untuk kegunaan anak-anak kakitangan bomba yang mengunjungi ke library...

Kenapa saya tinggalkan barang-barang berharga dalam beg pakaian..? Memang sepatutnya saya perlu bawa naik ke atas bas untuk barang-barang tue, tapi beg sandang saya pun ada barang berharga dan ianya tak muat untuk dimasukkan dalam beg sandang.. Barang-barang tue saya memang bawa balik untuk pembaikan, yang secara kebetulan adik lelaki ada kepakaran untuk membaikpulih komputer dan laptop... External hard disc tue pula saya memang sentiasa bawa untuk kerja-kerja harian.. Yang sedihnya tue, semua gambar-gambar peribadi ada dalam external tue, nasib baik juga dalam phone saya nie masih menyimpan gambar-gambar perkahwinan saya.. Satu lagi external ada menyimpan semua kerja-kerja rasmi opis... 

Dengan kehilangan semua barang-barang berharga tue, saya berasa down sangat-sangat dan mengambil masa untuk pulih semangat semula, hingga jatuh sakit sehari selepas kehilangan semua tue...

Tapi, hati nurani nie tak membenarkan untuk saya bersedih, dan dengan kuasa ALLAH SWT, kini apa yang saya hilang tue saya dapat gantikan sikit demi sikit... Ada kebenaran kata-kata yang diungkapkan dalam quote nie...

Kalau dulu, laptop menjadi tempat untuk saya menaip cerita saya, kini telah digantikan dengan komputer desktop dengan pertolongan adik lelaki yang tolong membelikannya untuk saya.. Chromebook pun telah digantikan dengan yang baru... External hard disc pun saya telah beli yang baru, nasib saya ada membuat back up data dalam laptop opis, jadi takdelah ralat sangat, cumanya yang ralat adalah keratan akhbar yang saya buat sejak tiga tahun lalu, hilang tanpa radar...

Mainan untuk anak-anak kakitangan juga telah saya gantikan dengan yang baru, dan kini bukan saja mereka dapat baca buku, malah jika mereka bosan dengan buku, mereka boleh bermain dengan rakan-rakan yang lain.. Mainan nie juga boleh dimain oleh kakitangan yang datang berehat pada waktu rehat di dalam library.. 

Semoga saya dan kita semua terus tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧