Assalamualaikum wbt...
Rasanya lama saya tak bercerita tentang kisah seram mistik... Kali nie, suami pula yang mengalami kisah seram mistik...
Kisah nie berlaku pada bulan November tahun lepas... Nak dijadikan cerita....
Suami saya nie merupakan seorang penjual durian.. Selalunya dia sendiri akan pergi mengambil stok buah durian di mana-mana peraih yang dia kenal seperti di Sungkai, Raub, ataupun Selayang... Suami pula memang akan mengambil stok buah durian sebaik saja dia habis meniaga dalam sekitar jam 11 malam, dia akan balik rumah sekejap, mandi, makan dan terus dia akan keluar untuk mengambil stok buah.. Saya memang tak ikut suami memandangkan esoknya saya bekerja.. Suami pula lebih senang untuk pergi sendirian atas sebab dapat memuatkan banyak stok buah durian dalam kenderaan triton..
Satu malam, dia bagitau pada saya yang dia akan ke Sungkai untuk mengambil stok buah dan akan balik pada hari yang sama. Saya mengiyakan aje dan pada jam 10 malam, dia pun bergerak ke Sungkai..
Kemudian, dalam pukul 3 pagi, suami menghantar gambar serta video dalam whatsapp.. Mula-mula saya hanya tengok sekali seimbas saja memandangkan suami memang selalu akan hantar gambar atau video di mana lokasi dia berada... Lepas tue, bila saya tengok status whatsapp, saya jadi pelik dengan caption yang tertera... Bila diteliti, Allahu Akbar...
ADA YANG MENUMPANG DALAM TRITON TUE....
Suami selamat sampai di rumah selepas waktu Subuh tapi saya tak bertanya hal tue memandangkan saya sedang bersiap untuk pergi kerja...
Malamnya tue, barulah saya bertanya apa yang terjadi masa tue...?
Suami bercerita....
Masa tue dia dah dalam perjalanan balik ke Sepang pada jam 2.30 pagi.. Bila dia tiba dekat sekitar jalan RNR Rawang, secara tiba-tiba dia terasa mengantuk sangat, jadi dia pun berhenti di RNR Rawang untuk merehatkan diri sekejap.. Setelah rehat dalam 15 minit, suami pun teruskan perjalanan, masa tue dia terasa pelik, setiap kenderaan memberi high beam padanya.. Tapi selalunya suami dah tau dah tentang hal tue, tapi bila terdetik hati untuk melihat cermin pandang belakang, suami pandang antara percaya atau tak.. Dia pun cuba snap gambar dan video untuk memastikan apa yang dia lihat tue betul-betul kenyataan..
Sangkaan dia tepat..
ADA YANG MENUMPANG DALAM TRITON..!!!
Pada mulanya suami cuak tapi dia tenangkan hati sebab dia teringat pesanan saya untuk tidak terus pulang ke rumah andai ada yang menumpang..
Sambil membaca surah lazim dan ayat Kursi, suami pun berkata pada makhluk itu, supaya untuk tidak ikut dia balik ke rumah.. Kata suami lagi, dia akan berhenti di satu RNR dan dia minta untuk makhluk itu turun di RNR tue dan jangan ganggu manusia lain...
Bila sampai saja di RNR Dengkil, suami pun berhentikan kenderaan dan berkata, "turunlah kau dekat sini dan jangan ikut aku balik."
Suami berada di situ dalam masa 15 minit dan dia pun beransur untuk balik.. Alhamdulillah, triton yang tadinya terasa berat masa dalam perjalanan kini dah menjadi ringan balik...
Tapi setibanya di perkarangan rumah, suami tak terus masuk dalam rumah... Biasanya dia akan tunggu dalam kenderaan dalam beberapa minit sebelum masuk...
Itulah pengalaman suami yang berlaku pada tahun lepas...
Adakah awak nampak dalam gambar tue...? Jelas kan... Untuk pengetahuan awak, dalam triton tue memang takde apa-apa yang tergantung sebab biasanya suami akan muatkan stok durian sekali dekat bahagian belakang penumpang..
Assalamualaikum wbt...
Nak tanya pada yang bekerja sektor awam, awak pernah dengar ke mengenai 'Perkhidmatan Meja Ke Meja' atau lebih dikenali 'Program Desk To Desk'? Kalau ada yang pernah dengar, oklah..
Tapi..
Pada yang belum pernah dengar, inilah ceritanya...
'Perkhidmatan Meja Ke Meja' atau 'Program Desk To Desk' nie merupakan salah satu inisiatif daripada perpustakaan khusus di jabatan kerajaan untuk menggalakkan lagi masyarakat membaca.. Konsepnya lebih kurang macam 'Perpustakaan Bergerak' yang selalu datang ke sekolah pada satu ketika dulu.. Sekarang nie saya tak pasti sama ada perkhidmatan tue masih ada lagi atau tidak, mungkin ada, mungkin takde...
Berbalik pada cerita asal, Program Desk To Desk nie adalah untuk menggalakkan lagi kakitangan jabatan untuk membaca, memandangkan mereka semua nie sibuk bekerja, jadi mereka tak mempunyai masa yang cukup untuk singgah ke library... Ada jugak yang singgah tapi selalunya pada musim exam jabatan untuk pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.. Masa tuelah library agak meriah dengan pengunjung.. Jika hari biasa, bilangan pengunjung tak semeriah dengan perpustakaan negeri.
Jadi, kami orang-orang library akan sediakan program nie dengan membawa muatan satu buah troli dengan buku-buku terpilih, antaranya genre keagamaan, genre masakan, novel dan buku kanak-kanak...
Perancangan kami akan bermula pada hari Rabu nie, tepat jam 9.30 pagi.. Kami akan meronda dalam ruangan pejabat di setiap aras, sambil melaung macam orang jual aiskrim tue.. hihihi dengan adanya bunyi loceng aiskrim.. Lepas tue kami akan duduk di satu sudut ruangan untuk memudahkan kakitangan memilih buku, lepas tue terus buat pinjaman di situ juga...
Pada hari Khamis pula, kami merancang untuk meronda di kawasan balai bomba dan penyelamat pula, nak minta abang-abang dan kakak-kakak bomba pula untuk meminjam buku...
Menarik kan.. Nanti saya akan share gambar-gambar aktiviti kami.. Sekian la celoteh saya hari nie...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, kita dah semakin menghampiri bulan Ramadan al-Mubarak. Bulan Ramadan adalah bulan istimewa untuk meningkatkan ibadah, refleksi diri, dan pengurusan masa yang lebih baik. Tapi, kadang-kadang kita rasa terbeban dengan pelbagai perkara seperti perancangan ibadah, tugas harian, dan penyediaan makanan. Oleh itu, SRLavender Shop memperkenalkan Undated Ramadan Digital & Printable Planner – rakan terbaik untuk membantu awak untuk mengurus Ramadan dengan lebih tersusun dan bermakna!
Mengapa Planner Ini Istimewa?
✅ 45 Muka Surat Perancangan & Refleksi – Rancang hari awak dengan lebih teratur melalui halaman khas untuk refleksi harian dan mingguan.
✅ Hyperlink untuk Navigasi Mudah – Tukar antara halaman dengan hanya satu klik!
✅ Tracker Dzikir & Ibadah Mingguan – Jejaki bacaan Quran, solat, dan amalan dzikir.
✅ Perancangan Makanan & Suhoor – Tak perlu pening fikir menu berbuka dan sahur lagi!
✅ Reka Bentuk Minimalis & Estetik – Simple, elegan, dan sesuai untuk pengalaman Ramadan yang lebih tenang.
✅ Boleh Digunakan Secara Digital atau Dicetak (Saiz A4: 21cm x 29.7cm) – Gunakan di tablet atau cetak untuk pengalaman yang lebih praktikal.
Kenapa Awak Akan Suka Pada Planner Ini?
Planner ini bukan sekadar jadual harian – ia adalah panduan untuk membantu awak untuk fokus pada matlamat spiritual sambil mengurus rutin harian dengan lebih baik. Sama ada awak lebih suka menggunakannya secara digital di iPad atau mencetaknya sebagai salinan fizikal, planner ini direka untuk membantu awak memanfaatkan setiap detik Ramadan dengan lebih produktif.
💰 Hanya RM20 untuk pasaran Malaysia
🌍 RM30 sahaja untuk pasaran luar Malaysia
Dapatkan Ramadan Planner Hari Ini!
📥 Muat Turun Segera – Sedia Untuk Digunakan!
💖 Jadikan Ramadan tahun ini lebih terancang & bermakna!
Assalamualaikum wbt...
Ada yang dah pakai tag nama yang baru ke..? Saya sudah... Tapi mesti awak pelik kan dengan gambar tue..? Kenapa ada dua nama..?
Sebetulnya, tag nama 'Shikin' tue saya tempah sendiri manakala tag nama 'Ashikin' pula ditempah oleh opis nie... Tapi macam pelik pula kalau saya pakai nama 'Ashikin', sebab kalau kat opis nie saya memang pakai nama 'Shikin' berbanding 'Ashikin'... Mungkin CC kat opis pentadbiran ingin membezakan nama sebab dekat opis nie ada tiga orang termasuk saya memakai nama 'Ashikin'... Camne nak bezakan..? Selalunya kalau saya memperkenalkan diri, saya akan memakai nama seperti 'Shikin Library'... Jadi orang akan tau 'Shikin' yang mana...
Walaupun tag nama yang dibekalkan oleh opis nie nampak cantik sebab menggunakan reka bentuk epoxy, tapi sebab kenapa saya tak pakai tag nama tue, kerana ianya ditempah dengan pemakaian pin... 😅 takut rosak tudung nanti, jadi sebab tue saya buat tempahan tag nama tue pakai magnet...
Takpelah, asalkan saya dah ada tag nama yang baru...
Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi Permaisuri Cuya buat giveaway.. hihi jom kita sama-sama join giveaway daripada Kerajaan Kelapa Permaisuri Cuya...
Macam biasa awak klik pada banner untuk join giveaway nie.. Syarat yang diberikan juga cukup mudah untuk diikuti...
Giveaway nie bermula pada 15 Februari sehingga 3 Mac 2025.. Jadi ada masa lagi untuk join...
Best luck folks...
Assalamualaikum wbt..
Okey, seperti yang saya janjikan pada bulan lepas, saya akan umumkan senarai nama yang menjadi Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan Januari dan Februari 2025..
Kita mula dengan bulan Januari terlebih dulu..
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya memasuki carta bulanan, selamat kembali saya ucapkan kepada Cuya, Rabiahtul Adawiyah dan Sofie Adie.. Wah, ada nama barulah yang masuk dalam carta.. Siapakah yang bertuah untuk menerima saguhati daripada saya yea..? Jom kita tengok namanya...
Tahniah pada yang tersenarai untuk menerima saguhati...
Hmmm... Ada perubahan dalam carta nie.. Selamat kembali diucapkan pada Kak NA, Camdandusler, dan Cik Ash... Nampaknya bulan nie pun ada nama baru dalam carta bulanan... Siapakah agaknya yea..?
Tahniah diucapkan kepada yang tersenarai untuk menerima saguhati... Kepada nama pemenang-pemenang carta bulanan, saya nak mintak sikit details awak seperti nama, alamat penghantaran dan nombor telefon untuk memudahkan penghantaran saguhati dan emelkan kepada saya (starlavender.luna@gmail.com)
Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist dan kesemua nama-nama dalam carta bulanan Januari serta Februari saya rangkumkan sekali dalam satu bloglist.. Jom kita singgah, follow dan kenal rakan-rakan kita..
NA | Mummy Ayu | Fanny Nila (dcatqueen) | Cuya | Papaglamz | Camdandusler | Fairus | Cik Ash | Titik Asa | Ana Jingga | Sharina (opzzpinky.com) | Rabiahtul Adawiyah | Acenana | Sofie Adie
Tahniah kepada semua...
Assalamualaikum wbt..
Awak masih ingat cerita saya hari tue..?
KLIK SINI ➨ SRLavender Shop | Kedai Digital
Dengan rasminya saya dah siapkan website kedai digital saya yang baru dengan menggunakan aplikasi Canva..
Inilah link kedai digital saya yang baru..
Alhamdulillah, jemputlah singgah ke kedai digital saya yea.. Nanti komen tau tapi bukan kat website tue sebabnya memang ianya betul-betul dalam bentuk kedai digital...
Awak percaya tak..? Saya dah banyak kali try and error untuk buat design yang saya inginkan.. Lepas tue, saya akan kaji semula cara untuk buat website yang boleh diterima oleh orang, dengan cara tengok video daripada orang lain yang pernah membuat website guna Canva nie... Selalunya kat aplikasi TikTok akan ada orang yang ajar cara nak buat website guna Canva...
Saya rasa saya akan kembali ke trek yang asal, cumanya akan mengambil masa sikit sebab masih lagi dalam mencari mood untuk buat semua nie... Bullet journaling pun saya dah banyak hari tinggalkan... Hurmmm...
Tapi takpe, saya akan slow-slow untuk cari trek semula...
Oh ya, untuk kedai digital versi blogspot tue, akan saya tutup selamanya dan ianya akan dibuang daripada blogspot.. Kedai digital yang saya gunakan sekarang adalah
Okay..?
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, akhirnya siap jugak website kedai digital saya... Memula saya gunakan Canva untuk buat website kedai digital nie tapi rasa macam susah sikit, mungkin belum habis explore keseluruhan cara nak buat website..
Akhirnya saya masih setia gunakan blogspot sebagai medan untuk buat website kedai digital nie...
Jemputlah singgah yea...
KLIK SINI ➨ SRLavender Shop (blogspot) TUTUP
LINK TERBARU ➨ SRLavender Shop (Canva)
Ada pelbagai produk yang saya jual.. Terbaru adalah templat ucapan Ramadan, untuk ucapan hari raya Aidilfitri pula masih dalam draf.. '
Tunggu yea..
Jemputlah singgah dan follow kedai saya nie...
Assalamualaikum wbt...
Bulan Ramadan akan tiba tak lama lagi... Mesti ada yang sedang mencari poster digital ucapan Ramadan kan...
TAPI malas nak fikir sebab nak kena reka poster yang cantik...
Jangan risau..
Dengan 20 jenis reka bentuk yang ready made sedang menanti awak.
Dan....
Awak boleh menambah elemen ucapan dalam templat tersebut. Nak letak gambar family ke nak selfie ke pun boleh.. Dengan menggunakan aplikasi web Canva, awak edit dan lepas tue dah boleh download poster tue... bolehlah post dekat mana-mana media sosial..
Harga...?
Murah jea.. Untuk 20 jenis template digital nie serendah RM16.00 jea..
Maknanya satu jenis template cuma berharga RM0.80 /pcs..
Menarik kan...
Mari la beli dengan kami...
#Ramadan #digitalproductstosell #digitalposter #digitalproduct #fyp
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons