Assalamualaikum wbt..
Rasanya tahun nie saya tak banyak sangat join giveaway / segmen daripada rakan-rakan blog yang lain...
Jom kita join giveaway daripada rakan baru kita nie, yang julung kali diadakan.. Hadiah yang ditawarkan pun menarik tapi yang paling penting, kita dapat berkenalan dengan rakan blogger yang baru dan lama.. Yealah, sekarang nie, rasanya dah ramai yang tak aktif dalam dunia blog kan...
Ehh melalut pulak..
Giveaway nie sedang berlangsung sehingga 28 April 2025, jadi awak semua masih ada masa untuk join.. Jom...
Macam biasa, nak join giveaway nie, awak kena klik pada banner di atas untuk pergi ke link giveaway nie, dan ikutilah syarat-syarat yang ditetapkan...
Best of luck, folks..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dengan masa yang saya ada nie, saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan April 2025..
Tahniah diucapkan pada nama-nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie... Saya nak ucapkan selamat kembali ke carta bulanan kepada Sembang Sorang.. Kenapa..? Ada cerita di sebalik nama ini...
Jadi siapakah yang bertuah untuk menerima sedikit saguhati dari saya..?
Tahniah diucapkan pada nama yang terpilih.. Insha Allah, nanti saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com
Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist untuk bulan nie.. Jom kita sama-sama singgah, follow dan kenal dengan rakan-rakan kita nie...
FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | CIK CAPPUCCINO LATTE | CUYA | SEMBANG SORANG | NA | ADNIL LINDA | FAIRUS | CAMDANDUSLER | ILLYA LEYA | RABIAHTUL ADAWIYAH
Pada yang terkeluar daripada carta bulanan, Insha Allah mungkin nama awak pula yang akan naik pada bulan depan... Sekali lagi, tahniah pada nama-nama yang tersenarai pada bulan ini...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kini tiba masanya kita meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Syawal bukan sekadar bulan kemenangan, tetapi juga peluang untuk kita menyuburkan kasih sayang, mempereratkan silaturahim, dan saling bermaafan.
Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan, tidak kira di mana jua kita berada. Aidilfitri adalah masa untuk kita menghargai keluarga, sahabat, dan insan tersayang. Semoga keceriaan dan keberkatan Syawal ini menyinari kehidupan kita semua.
Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah dalam perjalanan pergi dan balik. Raikan hari lebaran dengan penuh kesederhanaan dan jangan lupa untuk terus menjaga keselamatan serta kesejahteraan diri dan keluarga. Jaga jarak kenderaan takala memandu, jika awak berasa mengantuk, berhentilah seketika di ruangan rehat yang telah disediakan..
Buat awak yang bertugas di hari lebaran, terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan awak dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan kelancaran perkhidmatan untuk masyarakat. Jasa dan pengorbanan awak amat dihargai, dan semoga Aidilfitri tetap membawa kebahagiaan walaupun bertugas jauh dari keluarga.
Saya juga nak mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi letupan gas di Putra Height, Subang Jaya. Semoga mereka yang terjejas nie akan diberikan ketabahan, kekuatan, dan kesembuhan yang cepat. Doa saya bersama keluarga mangsa dan seluruh komuniti yang terlibat agar diberi perlindungan dan hidayah dari Allah SWT.
Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat yang telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk memadam kebakaran dan mengawal situasi. Jasa dan dedikasi anggota penyelamat amat dihargai dalam memastikan keselamatan masyarakat.
Sekali lagi saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan yang berkekalan dan menjadi kenangan terindah buat kita semua.
Oh ya, saya nak berkongsi dengan awak satu video Sketsa Raya daripada Warga Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #SalamAidilfitri #SyawalBerkat #MaafZahirBatin #DoaUntukMangsaLetupan #TerimaKasihAgensiPenyelamat
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons